Albert Kesselring: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
}}
 
'''Albert Kesselring''' (30 November 1885 – 16 Julai 1960) ialah seorang [[Fil Marsyal]] ''[[Luftwaffe]]'' Jerman semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Dalam kerjaya tentera yang menjangkau kedua-dua Perang Dunia, Kesselring adalah antara panglima perang [[Jerman Nazi]] yang paling handal, menjadi salah seorang daripada 27 pegawai yang dianugerahkan [[Knight Cross of the Iron Cross]] berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian. Di gelar "Albert Tersenyum" oleh pihak Bersekutu dan "Pak Albert" oleh askarnya<ref group="Nota">The nickname "Smiling Albert" was bestowed on Kesselring by the Allies. It is not used by German writers. It was used during the war; see {{cite journal|url=http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,711818,00.html|journal=[[Time (magazine)|Time]]|title=Up the Boot|date= 19 April 1944|accessdate=4 April 2009}}</ref>, beliau merupakan antara panglima perang yang paling popular dalam Perang Dunia II.<ref name="von Lingen p16">von Lingen, ''Kesselring's Last Battle'', p. 16</ref> Kesselring adalah seorang yang perseptif, fleksibel, setia dan tegas, menjadikan beliau pakar strategi dalam peperangan darat dan udara; serangan berterusan beliau keatas lapangan-lapangan terbang hampir memaksa [[Tentera Udara Diraja|RAF]] ([[Tentera Udara Diraja British]]) tunduk kepada Jerman. Kesselring adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam [[Upacara Fil Marsyal 1940]] dan merupakan pegawai kanan ke-3 dalam senioriti Tentera Udara Jerman.
 
Kesselring memasuki [[Tentera Darat Bavaria]] sebagai seorang [[kadet|pegawai kadet]] pada tahun 1904 dan berkhidmat dalam cawangan artileri. Beliau menamatkan latihan sebagai seorang pemerhati dalam kenderaan belon udara pada tahun 1912. Semasa [[Perang Dunia I]], beliau berkhidmat dikedua-dua barisan Barat dan Timur dan telah ditugaskan ke [[Staf Am]], walaupun tidak pernah belajar di [[Akademi Perang]]. Kesselring kekal didalam Tentera Darat selepas perang tetapi telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1933 untuk menjadi ketua Jabatan Pentadbiran di [[Kementerian Udara Jerman]], dimana beliau telah terlibat dalam pembangunan semula industri penerbangan dan menyediakan asas-asas penubuhan ''Luftwaffe'', berkerja sebagai Ketua Stafnya dari tahun 1936 hingga 1938.
 
Sewaktu Perang Dunia II beliau memerintah armada udara dalam [[PenjajahanPencerobohan Poland]], [[Pertempuran Perancis]], [[Pertempuran Britain]], dan [[Operasi Barbarossa]]. Selaku Panglima Tertinggi Selatan (''[[OB Sud|Oberbefehlshaber Sud]]''), beliau adalah pemimpin keseluruhan tentera Jerman dan [[Itali]] di [[Perang Dunia II Kancah Mediterranean dan Timur Tengah|kancah Mediterranean]], termasuk sekali operasi-operasi di [[Afrika Utara]]. Kesselring mengendalikan satu kempen pertahanan yang tiada kompromi terhadap [[tentera Bersekutu]] di Itali sehinggalah beliau tercedera dalam satu kemalangan pada Oktober 1944. Dalam kempen peperangan yang terakhir, beliau selaku ''[[OB West|Oberbefehlshaber West]]'' memerintah angkatan bersenjata Jerman di [[Medan Barat (Perang Dunia II)|Barisan Barat]]. Beliau sangat dihormati oleh lawannya dari pihak Bersekutu kerana kejayaan-kejayaan militarinya, tetapi rekod beliau telah dicemari oleh pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera bawahannya di Itali.
 
Selepas perang, Kesselring dibicarakan bagi [[jenayah perang]] dan telah dijatuhi hukuman mati. Hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Kempen politik dan media menyebabkan beliau dibebaskan pada tahun 1952, kononnya atas alasan kesihatan. Beliau adalah salah seorang daripada hanya tiga ''Generalfeldmarschall'' yang dapat menerbitkan memoir, bertajuk ''Soldat bis zum letzten Tag (Dari Seorang Perajurit Hingga Ke Akhir)''.