Maxim Gorky: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Victor pogadaev (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
'''Maxim Gorky''' (1868-1936) - Penulis Rusia, pendiri aliran realisme sosialis.
==Biografi singkat==
Lahir di Nizhny Novgorod. Pada usia sembilan tahun menjadi piatu dan dididik oleh neneknya yang pandai berdongeng. Kegagalan masuk Universitas, kematian nenek dan cinta tak berbalas mengakibatkan percubaan bunuh diri pada tahun 1887. Lebih dari lima tahun Gorky mengembara dengan berjalan kaki di sekitar Rusia sambil menimba pengalaman yang diolah ke dalam karyanya kemudian. Gorky meninggal di pemukiman Gorki dekat Moscow (mungkin dia diracuni) pada 18 Juni 1936 ketika pemimpin Rusia Stalin mempersiapkan beberapa proses penghukuman terhadap beberapa sahabat lama Gorky. Dia pernah lima kali dicalinkan untuk menerima Hadiah Nobel<ref>{{Cite web|url=https://www.nobelprize.org/|title=Nomination Archive|website=NobelPrize.org|language=en-US|access-date=2018-12-10}}</ref>.
==Kreativiti==
Pada tahap pertama (1892-1902) dia mengisahkan gejala dan kepincangan sosial dengan menciptakan watak dari lapisan rendah masyarakat: gelandangan, pencuri, perempuan jalang. Karyanya seperti cerpen ''Chelkash'', ''Odnazhdi Osen’yu'' (Pada Suatu Musim Gugur), ''Na Plotakh'' (Di atas Rakit), ''Suprugi Orlovi'' (Suami-Isteri Orlov); roman ''Foma Gordeev'', ''Troe'' (Ketiganya); teater ''Mesyane'' (Kaum Burjuis Kecil), ''Na Dne'' (Di Jurang Kehidupan) ialah khas untuk zaman itu<ref>''Handbook of Russian Literature,'' Victor Terras, Yale University Press, 1990</ref>.
 
Tahap kedua kehidupan kreatifnya (1902–1913) yang ditandai kerjasama dengan organisasi revolusioner dicerminkan dalam teater ''Dachniki'' (Penghuni Dacha) - 1905, ''Vragi'' (Musuh) - 1906 dan roman ''Mat’'' (Ibunda) – 1907 yang sangat dihargai dan diterjemahkan oleh [[Pramoedya Ananta Toer]] ke Bahasa Indonesia. Pada tahun 1905, Gorky melawat Amerika tetapi kebanyakannya duduk di pulau Capri (Itali)<ref>Maxim Gorky in ''Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia''. Penyelenggara dan Penterjemah [[Victor Pogadaev]]. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 101</ref>.
 
Selama tahap yang ketiga, sejak tahun 1913 sampai matinya, Gorky menerbitkan beberapa karya autobiogragi yang gemilang, antaranya ''Detstvo'' (Masa Kanak-Kanak) - 1913–1914, ''V Lyudyakh'' (Bekerja untuk Orang Lain) - 1916, ''Moi Universiteti'' (Universiti Aku) - 1923. Roman epik ''Zhizn’ Klima Samgima'' (Kehidupan Klim Samgin) tidak diselesaikan.