Tumbuhan Ubat Köhler: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Köhler's Medicinal Plants"
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:37, 18 Februari 2019

Tumbuhan Ubat Köhler (atau Köhler's Medizinal-Pflanzen ) adalah buku tumbuhan herba Jerman yang dikarang oleh Hermann Adolph Köhler (1834 - 1879, doktor dan ahli kimia) yang merupakan pengarang utamanya dan disunting selepas kematiannya oleh Gustav Pabst. Buku ini mula diterbitkan pada akhir abad ke-19 oleh Franz Eugen Köhler dari Gera. Tajuk lengkap buku ini ialah Tumbuhan Ubat Kohler yang berilustrasikan seperti yang sebenar beserta penerangan ringkasnya: Atlas untuk tumbuhan ubat yang berasal dari Jerman, Austria, Belgium, Denmark, Swizerland, Hungary, Rusia, Sweden, Belanda, tanaman perubatan Inggeris, berserta Kanun Perubatan, dan juga Tumbuhan Perubatan Amerika Syarikat. (Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte : Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of America).

Köhler's Medicinal Plants
Umum
PenyuntingGustav Pabst
PengarangHermann Adolph Köhler et al.
Tajuk asal
Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte : Atlas zur Pharmacopoea germanica etc.
BahasaGerman
Penerbitan
Pengilustrasi
PenerbitFranz Eugen Köhler
Tarikh penerbitan
  • 1887 (Volume 1)
  • 1890 (Volume 2)
  • 1898 (Volume 3)
Jenis media
Print

Sejarah penerbitan

Pada mulanya, Köhler menerbitkan buku herba tersebut sebanyak dua jilid: yang pertama pada tahun 1887, diikuti dengan yang kedua pada tahun 1890. Jilid pertama telah dihiasi dengan 84 helaian halaman penuh plat ilustrasi berwarna dan jilid dua pula dengan 110 helaian plat illustrasi. Jilid ketiga pula telah diterbitkan pada tahun 1898 yang berjudul Tumbuhan Perubatan Terkini dan Kecelaruannya (Neueste Medizinalpflanzen und Verwechslungen), merupakan jilid tambahan yang mengandungi penambahan maklumat dan pembetulan, termasuklah tambahan 80 helaian plat illustrasi berwarna. Penerbit juga ada mengumumkan tentang penerbitan jilid keempat akan tetapi buku tersebut tidak dikeluarkan. Kesemua plat berwarna dalam buku tumbuhan perubatan tersebut telah dihasilkan melalui proses yang dikenali sebagai kromolitografi. Para pelukis ilustrasi tumbuhan botani yang telah menyumbangkan karya mereka dalam penerbitan buku ini adalah Walther Otto Müller, C.F. Schmidt, dan K. Gunther.

Cetakan semula telah diterbitkan di Jerman seabad selepas jilid pertama diterbitkan, yang pertama merupakan karya yang disarikan, disusuli dengan ketiga-tiga jilid yang lengkap.

Nama Köhler kadangkala dieja Koehler atau Kohler.

Oleh sebab persamaan nama pengarang dan penerbit buku, Franz Eugen Köhler seringkali berlakunya kesalahan yang memetik beliau sebagai pengarang buku tersebut.

Contoh ilustrasi

Edisi cetakan semula

  • Edisi cetakan semula yang lengkap dipetik dari jilid kedua yang asal tahun 1887/88 [recte 90]. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Reprint von Auszügen aus dem Gesamtwerk nach der zweibändigen Original-Ausgabe 1887/88 [recte 90 ]. Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover 1988), ISBN 978-3-88746-215-4
  • Edisi cetakan semula yang kedua. Edisi Libri rari terbitan Verlag Schäfer, Hannover (Zweite Reprintausgabe . Edisi Libri rari im Verlag Schäfer, Hannover):

Rujukan

Pautan luar