Khilafah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Penyusunan tatabahasa, pengesahan kata, penambahan pautan dan pembaikian terjemahan. Pramugari tidak sesuai sebagai padanan 'steward' dalam konteks ini kerana pramugari bermaksud pelayan minuman.
Aybeg (bincang | sumb.)
Untuk objektiviti
Baris 5:
Sebelum kebangkitan Muhammad dan penyatuan kaum-kaum Arab di bawah Islam, orang Arab mengikuti politeisme Arab Jahiliyah, hidup sebagai masyarakat yang tidak aktif dan berpindah-pindah, dan sering kali menjarah puak-puak jiran mereka.<ref>Rubin, Barry (17 March 2015). The Middle East: A Guide to Politics, Economics, Society and Culture. Routledge. p. 478. ISBN 978-1-317-45578-3.</ref><ref>Incorporated, Facts On File (2008). United Arab Emirates. Infobase Publishing. p. 11. ISBN 978-1-4381-0584-0.</ref> Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Arab, rantau tersebut bersatu dan banyak puak memeluk Islam.<ref>Incorporated, Facts On File (2008). United Arab Emirates. Infobase Publishing. p. 11. ISBN 978-1-4381-0584-0.</ref>
 
Khilafah pertama, Khilafah Rasyidin, diasaskan sejurus selepas kematian Nabi Muhammad pada tahun 632 TM.<ref>Nigosian, Solomon A. (29 January 2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices. Indiana University Press. p. 18. ISBN 0-253-11074-2.</ref> Keempat-empat khalifah [[Khulafa al-Rasyidin|Ar-Rasyidin]], yang secara langsung menggantikan Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat Islam, telah dipilih melalui ''syuara'', suatu proses perundingan komuniti yang dianggap sebagai bentuk awal demokrasi Islam dan kini diserap ke bahasa Melayu menjadi ''mesyuarat''.<ref>"The Roots of Democracy in Islam". Irfi.org. 16 December 2002. Retrieved 30 June 2014.</ref> Khalifah keempat, Ali RA, berasal dari [[Bani Hashim|Bani Hasyim]] sama seperti Nabi Muhammad, dan dianggap oleh orang [[Syiah]] sebagai khalifah sah yang pertama juga Imamah (pemimpin) selepas Nabi Muhammad.<ref>Triana, María (31 March 2017). Managing Diversity in Organizations: A Global Perspective. Taylor & Francis. p. 159. ISBN 9781317423683.</ref> Ali RA memerintah semasa [[Fitnah Pertama]] (656-661 TM), sebuah perang saudara antara penyokong Ali RA dan penyokong Uthman RA—yangUthman—yang telah dibunuh—dari Banu Umaiyyah dan juga pemberontak di Mesir; perang ini menghala kepada pengasasan Khilafah Umaiyyah di bawah [[Muawiyah bin Abu Sufyan|Muawiyah I]] pada tahun 661 TM.
 
Khilafah kedua, Khilafah Umaiyyah, diperintah oleh Banu Umaiyyah, sebuah puak Mekah yang berasal dari Umaiyyah bin Abdul Syams. Khilafah ini meneruskan penawanan negeri-negeri, menggabungkan [[Caucasus]], Transoxiana, [[Sindh]], [[Maghreb]] dan [[Semenanjung Iberia]] ([[Al-Andalus]]) ke dalam dunia Islam. Khilafah menerima orang Kristian di dalam wilayahnya, apatah lagi dengan bilangan mereka yang amat ramai, terutama sekali di wilayah [[Syam]].<ref>Cavendish, Marshall (1 September 2006). "World and Its Peoples". Marshall Cavendish. p. 185. ISBN 978-0-7614-7571-2.</ref><ref>Haag, Michael (1 November 2012). "The Tragedy of the Templars: The Rise and Fall of the Crusader States". Profile Books. p. 20. ISBN 1-84765-854-7.</ref> Berikutan Revolusi Abbasiyah dalam tahun 746–750 TM, yang timbul kerana pelucutan hak undi bukan Muslim Arab, Khilafah Abbasiyah ditubuhkan pada tahun 750 TM.