Perbincangan pengguna:Haziq Faruqi

Active discussions

Face-smile.svgSelamat datang ke Wikipedia, Haziq Faruqi!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 263,913 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya CTMakerbot, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
    Pengenalan kepada Wikipedia
    Lima tonggak Wikipedia
    Tutorial suntingan
    Bagaimana menyunting halaman
    Manual gaya penulisan
    Asas-asas Kod Wiki
    Bagaimana mencipta artikel
    Laman bantuan
    Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
    Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
    Digalakkan beranggapan niat baik
    Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
    Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
    Jangan melaku musnah
    Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
    Meja bantuan
atau:
    Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
      Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
    Membantu menyumbang pada artikel
           
    Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
    Membantu mencipta templat baru
    Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang   pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, CTMakerbot
CTMakerbot (bincang) 03:37, 20 Mei 2018 (UTC)

PenspriganSunting

Salam saudara Haziq Faruqi. Sila namakan semula rencana ini dalam istilah bahasa Melayu dan jangan sesuka hati menambahkan imbuhan pada perkataan bahasa Inggeris bagi menampakkkan kemelayuan. Terima kasih. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 13:09, 6 Februari 2019 (UTC)

Salam balas kepada saudara CyberTroopers. Terima kasih atas sifat ambil berat saudara untuk memartabatkan bahasa Melayu. Berkenaan tajuk rencana, saya sudah rujuk kepada PRPM—seperti yang dikehendaki Wikipedia Bahasa Melayu—namun satu-satunya istilah yang wujud hanyalah yang saya gunakan, Pensprigan. Dalam kategori 'Istilah MABBIM', istilah yang wujud bagi sprigging ialah 'tanam cabikan rumput' akan tetapi ini digunakan dalam konteks kata kerja. Kalau saudara ada cadangan untuk menamakan semula rencana ini dipersilakan untuk berbuat demikian. Saya berharap kita semua dapat menyumbang kepada perkembangan Wikipedia dan berdoa agar kita semua dipimpini kebenaran dan kearifan. Moga saudara dirahmati Tuhan dan salam hormat. Haziq Faruqi (bincang) 10:25, 13 Februari 2019 (UTC)

Jemputan undian mengenai polisi baru di Wikipedia bahasa MelayuSunting

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua pengguna dijemput untuk membuat pengundian bagi pembentukan dasar baru di Wikipedia Bahasa Melayu. Anda dijemput untuk mengundi di sini. Undian anda amat berharga bagi komuniti di Wikipedia bahasa Melayu ini. Terima kasih.Claude (bincang) 07:46, 5 April 2020 (UTC)

WCUGM      Wikimedia Community User Group Malaysia Logo.svgSunting

Salam saudara Haziq Faruqi! Saya, CyberTroopers merupakan salah seorang ahli Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia. Saya ingin menjemput anda untuk menyertai pertubuhan Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia.

ObjektifSunting

  • Mengadakan aktiviti jangkauan awam di seluruh daerah,
  • Bertindak sebagai hab bagi seluruh projek Wikimedia di Malaysia,
  • Bekerjasama dengan masyarakat Wikimedia serantau dan antarabangsa yang lebih luas (bermula dari negara-negara jiran Indonesia, Filipina, Singapura dll dan terus berkembang ke lebih banyak negara di seluruh dunia),
  • Mempromosikan Wikipedia dan pelbagai projek Wikimedia Malaysia di seluruh Malaysia dan dunia, dan
  • Bertindak sebagai suara dan wakil untuk komuniti Wikimedia Malaysia 

Untuk mencapai matlamat ini, Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia akan menganjurkan dan menguruskan pelbagai pertemuan, persembahan dan latihan di luar dan dalam projek Yayasan Wikimedia. Matlamat kami adalah untuk menetapkan asas kukuh bagi Wikimedia di Malaysia dan menjalankan siri WikiProjek dan inisiatif di seluruh Malaysia.

Silalah melawat laman Meta untuk maklumat lanjut berkenaan pertubuhan ini.

Jika anda berkenan untuk menyertai, sila tambahkan nama pengguna anda di senarai keahlian. Anda boleh melihat pertemuan-pertemuan Wikipedia yang diadakan di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkenaan perkara di atas, silalah bertanyakan saya di laman perbincangan saya atau e-melkan soalan kepada saya.

Terima kasih.