Thor: Ragnarok: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 44:
Filem Thor yang ketiga ini disahkan pada bulan Januari 2014, dengan Kyle dan Yost mula bekerja penulis skrip. Penglibatan Hemsworth dan Hiddleston diumumkan pada bulan Oktober 2014. Waititi menyertai filem itu sebagai pengarah pada tahun 2015, selepas pengarah <nowiki>''</nowiki>Thor: The Dark World<nowiki>''</nowiki>, [[Alan Taylor]] memilih untuk tidak kembali ke francais MCU. [[Mark Ruffalo]] pula menyertai di barisan pelakon yang membawa peranan sebagai Hulk dari filem MCU yang sebelumnya, yang membolehkan unsur-unsur cerita cerita komik tahun 2006 "Planet Hulk" disesuaikan untuk sekuel Ragnarok. [[Cate Blanchett]] membawa watak sebagai Hela, disahkan menyertai pada bulan Mei 2016. Sesi pengambaran utama berlangsung di bandar Brisbane dan Sydney, Australia, dengan filem ini juga menggunakan secara ekslusif di Village Roadshow Studios, Oxenford. Pengambaran berakhir pada Oktober 2016.
 
Thor: Ragnarok membuat tayangan perdana di Los Angeles pada 10 Oktober 2017, dan dikeluarkan dengan rasminya di Amerika Syarikat pada 3 November 2017 dalam tayangan 3D, IMAX, dan IMAX 3D. Filem ini merupakan suatu kejayaan yang membanggakan, menerima pujian untuk hasil lakonan dan arahan dari Waititi, serta urutan jalan cerita, hubungan toleransi antara barisan pelakon dan skor muzik. Dikritik dengan menganggapnya sebagai ansuran terbaik trilogi Thor. Berjaya pecah panggung dan mencecah $ 854 juta, menjadi filem paling terlaris trilogi dan filem kesembilan tertinggi tahun 2017 di Amerika Syarikat.<br />
<br />
 
==Plot==