27,506
suntingan
PeaceSeekers (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
PeaceSeekers (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Aldehid dapat dikenal pasti melalui kaedah spektroskopi. [[Spektroskopi inframerah]] menunjukkan jalur ''ν''<sub>CO</sub> kuat pada hampir 1700 s m<sup>−1</sup>. Pada spektrum NMR <sup>1</sup>H-nya, pusat hidrogen formil menyerap hampir ''δ''<sub>H</sub> = 9 yang merupakan ciri spektrum yang khusus. Isyarat ini menunjukkan penduaan khusus pada sebarang proton atom karbon alfa.
== Penamaan ==
Nama umum sebatian-sebatian aldehid biasanya tidak mengikut piawaian rasmi, seperti tatanama [[IUPAC]] dengan tegas.
Menurut tatanama IUPAC, nama sebatian-sebatian aldehid alifatik berakhir dengan akhiran ''-nal'' berdasarkan rantai karbon terpanjang. Contoh yang boleh dikemukakan ialah CH<sub>3</sub>CH<sub>2</sub>CH<sub>2</sub>CHO, sebatian terbitan [[butana]] yang dinamakan sebagai ''butanal'', di mana akhiran ''-na'' digantikan dengan ''-nal'' dalam bahasa Melayu.
Bagi sesetengah keadaan, seperti dalam sebatian aromatik, akhiran ''-karbaldehid'' (''-carbaldehyde'') digunakan. Maka, C<sub>6</sub>H<sub>11</sub>CHO sebagai contoh, dinamakan sebagai ''sikloheksanakarbaldehid''. Sekiranya terdapat keadaan di mana kumpulan aldehid perlu diwakili dengan awalan, awalan ''formil-'' (''formyl-'') pula digunakan.
==Aplikasi dan kejadian ==
|