Korea Selatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Yoshida Shoji (bincang | sumb.)
asianewsnet.net is now a scam site, setting dead-url=unfit to prevent linking to it
Baris 452:
Seni bina Barat mula-mula diperkenalkan di Korea di penghujung abad ke-19. Gereja, pejabat perundangan negara luar, sekolah dan universiti dibina dengan gaya-gaya baru. Apabila [[Pemerintahan Jepun di Korea|Korea diilhakkan oleh Jepun pada tahun 1910]], rejim penjajah mengancam warisan seni bina Korea dan mewajibkan seni bina moden ala Jepun. Sentimen anti-Jepun dan [[Perang Korea]]menyebabkan musnahnya banyak bangunan yang dibina pada zaman penjajahan.<ref>[http://nongae.gsnu.ac.kr/~mirkoh/cob1.html Brief Review of Korea Modern Architecture], Prof. Park Kil-ryong (Kukmin University), modified by Architectural Design Lab, GSNU.</ref>
 
Seni bina Korea memasuki fasa pembangunan baru ketika zaman pembinaan semula pasca Perang Korea, dengan meenrapkan trend dan gaya seni bina yang moden. Kegiatan pembangunan semula yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi pada 1970-an dan 1980-an menyaksikan pengalaman baru dalam reka bina. Selepas Sukan Olimpik Seoul 1988, Korea Selatan menyaksikan kepelbagaian gayanya semakin bertambah dalam lanskap seni bina, terutamanya disebabkan oleh pembukaan pasaran Korea Selatan kepada jurubina luar negara.<ref>[http://www.asianinfo.org/asianinfo/korea/arc/contemporary_architecture.htm Contemporary Korean architecture], Asian Info Organization</ref> Usaha seni bina kontemporari sentiasa cuba mengimbangi falsafah tradisi "keharmonian dengan alam" dan pembandaran pesat yang dilalui oleh negara akhir-akhir ini.<ref>[https://web.archive.org/web/20110927095240/http://www.asianewsnet.net/news.php?id=9605&sec=10 Korean buildings that captivate world], Asia News, 2010-01-15; [http://joongangdaily.joins.com/article/view.asp?aid=2903625Still, slow waters of Korean architecture], ''Joongang Daily'', 2009-04-16. Diambil pada 2010-07-10.</ref>
 
=== Masakan ===