Mata pelajaran Hogwarts: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
[[Albus Dumbledore]] pernah mengajar subjek ini sebelum menjadi pengetua dan diambil alih kemudiannya kini oleh [[Minerva McGonagall]], yang juga seorang guru yang berkebolehan dan tegas serta mengambil berat dalam hal disiplin pelajar. Selepas peristiwa pecah masuk Death Eater ke Hogwarts, McGonagall terpaksa mengambil alih jawatan Pengetua dan tidak diketahui lagi sama ada pengajar baru atau beliau sendiri mengajarnya.
 
===Pertahan Terhadap Ilmu Hitam===
 
Suatu ilmu tentang teknik mengelak, menghalang atau menghapuskan ilmu hitam dd makhluk jahat seperti Boggarts. Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam wajib dipelajari bagi tahun pertama hingga kelima dan pilihan bagi tahap U.S.S.M.
 
Jawatan ini pernah dipohon oleh [[Lord Voldemort]] sebanyak dua kali tetapi ditolak. Menurut Dumbledore, sejak dari itu, tiada seorangpun guru subjek ini yang dapat bertahan lebih dari setahun di Hogwarts. Ini menyebabkan mutu dan cara penyampaian mata pelajaran ini berlainan dari tahun ke tahun kerana perbezaan pengajar.
 
Sejak kedatangan [[Severus Snape]] ke Hogwarts sebagai guru, beliau telah memohon untuk jawatan ini tetapi ditolak Dumbledore malah menawarkan Snape jawatan guru Posyen. Oleh kerana semua guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam meninggalkan Hogwarts setiap tahun, Snape sentiasa memohon akan jawatan ini tetapi tetap ditolak yang berkemungkinan latar belakangnya sebagai penyokong [[Lord Voldemort]]. Terdapat spekulasi mengatakan, jika Dumbledore memberi jawatan itu kepada Snape, subjek itu akan lebih mempengaruhinya kearah kejahatan.
 
Pada masa kedatangan [[Harry Potter]] ke Hogwarts, kepercayaan yang mata pelajaran ini disumpah memang dipegang oleh semua warga Hogwarts. Maka, [[Gilderoy Lockhart]] dikatakan satu-satunya pengganti [[Profesor Quirrell]]. Tiga tahun kemudian, setelah kepercayaan tentang sumpahan ke atas subjek itu berleluasa, Dumbledore amat sukar untuk mencari pengganti sehinggakan [[Kementerian Sihir]] meletakkan [[Dolores Umbridge]] sebagai pengajar. Walau bagaimanapun, selepas Umbridge berundur, Dumbledore memberikan jawatan itu kepada Snape juga akhirnya setelah lama diidamkannya. Tetapi, Snape turut menjadi mangsa sumpahan ketika beliau turut meninggalkan Hogwarts selepas pembunuhan Dumbeldore dan menjadikan kekosongan jawatan itu sekali lagi.
 
Dalam enam siri yang pertama, pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam memainkan peranan utama dalam cerita; yang berakhir dengan meninggalkan jawatan itu dan digantikan, atau dipaksa untuk diberhentikan, mahupun terbunuh.
 
====Senarai Pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam====
 
Pengajar mata pelajaran Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam termasuklah:
*Galatea Merrythought (lebih kurang lima puluh tahun sebelum latar siri Harry Potter)
*[[Professor Quirrell]] (''[[Harry Potter dengan Batu Hikmat]]'')
*[[Gilderoy Lockhart]] (''[[Harry Potter dan Bilik Rahsia]]'')
*[[Remus Lupin]] (''[[Harry Potter dengan Banduan Azkaban]]'')
**[[Severus Snape]] menggantikan kelas Lupin beberapa kali dalam tahun itu.
*[[Alastor Moody]] (''[[Harry Potter dalam Piala Api]]'')
**"Moody" ialah[[Barty Crouch Jr.]] bagi seluruh proses pengajaran tahun itu.
*[[Dolores Umbridge]] (''[[Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix]]'')
*[[Severus Snape]] (''[[Harry Potter and the Half-Blood Prince]]'')