Kekerasan Rockwell: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|Mesin radas yang digunakan bagi ujian kekerasan Rockwell. '''Kekerasan Rockwell''' ialah suatu skala...'
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Rockwell hardness tester closeup 001.jpg|thumb|Mesin radas yang digunakan bagi ujian kekerasan Rockwell.]]
'''Kekerasan Rockwell''' ialah suatu skala kekerasan yang berdasarkan [[kekerasan lekuk]] suatu bahan. Ujian kekerasan Rockwell melihat kepada kedalaman lekuk yang terhasil di bawah suatu beban besar (bersama dengan beban kecil) dan dibandingkan dengan kedalaman lekuk suatu beban kecil.<ref>E.L. Tobolski & A. Fee, "Macroindentation Hardness Testing," ''ASM Handbook, Volume 8: Mechanical Testing and Evaluation'', ASM International, 2000, pp. 203–211, {{ISBN|0-87170-389-0}}.</ref> Kekerasan lekuk mempunyai hubungan linear dengan [[kekuatan tegangan]].<ref>"[http://www.springerlink.com/content/q86642448t84g267/ Correlation of Yield Strength and Tensile Strength with Hardness for Steels]", E. J. Pavlina and C. J. Van Tyne, ''[[Journal of Materials Engineering and Performance]]'', Volume 17, Number 6 / December 2008</ref>
 
Kekerasan Rockwell memiliki pelbagai jenis yang diwakili oleh huruf-huruf berlainan yang bergantung kepada jenis pelekuk yang digunakan dan jumlah beban yang dikenakan. Unit asas kekerasan Rockwell ialah '''HV''' dan diikuti dengan huruf yang mewakili jenis ujian yang dilakukan seperti A, B dan C, menjadikan unit-unit yang terhasil ialah HVA, HVB dan HVC dan sebagainya.
 
== Mekanisme ==
Radas yang digunakan ialah sebuah mesin yang mempunyai pelekuk dan tempat meletakkan bahan uji. Bahan uji diletakkan di bawah pelekuk untuk memulakan ujian.
 
Ujian kekerasan Rockwell bermula apabila bahan uji ditekan oleh suatu pelekuk dengan beban yang kecil, ''F<sub>0</sub>'' untuk menetapkan garis kedalaman asal. Beban yang besar, ''F<sub>1</sub>'' pula ditambah terhadap bahan uji, menjadikan jumlah beban yang dikenakan kini ialah ''F<sub>0</sub>'' + ''F<sub>1</sub>''. Beban yang dikenakan terhadap bahan uji kembali kepada beban ''F<sub>0</sub>'' sahaja untuk mendapatkan kedalaman lekuk akhir. Jarak di antara garis kedalaman asal dengan kedalaman akhir, ''d'' dikira.
 
Nilai kekerasan Rockwell dikira berdasarkan rumus berikut:
 
<math>HR = N - {d \over s}</math>
 
apabila:
 
* ''N'' dan ''s'' ialah faktor-faktor skala dalam [[Kilogram-daya|kgf]] dan [[Milimeter|mm]] masing-masing, bergantung kepada jenis skala yang digunakan; dan
* ''d'' ialah jarak di antara garis kedalam asal dengan kedalaman akhir dalam mm.
 
== Rujukan ==