Kereta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh Martin Urbanec (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 197.38.133.205
Teg: Undur
Membatalkan semakan 4644979 oleh 197.38.133.205 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Baris 42:
=== Petrol ===
{{main|Enjin petrol}}
[[Fail:07-Mini-Cooper.jpg|thumb|right|[[Mini (BMW)|2007 Mark II (BMW) Mini Cooper]] ۲۸ オリンピックسيارة ]]
Kelebihan enjin petrol berbanding diesel ialah beratnya yang ringan serta mampu bekerja pada kelajuan putaran tinggi, maka ia menjadi pilihan utama dalam kereta sport berprestasi tinggi. Pembangunan berterusan enjin petrol selama lebih seratus tahun sudah menampakkan peningkatan terhadap kecekapan serta pengurangan pencemaran. [[Karburetor]] telah digunakan pada hampir kesemua enjin kereta sehinggalah pada tahun 1980-an di mana kawalan campuran udara-bahan api yang lebih baik boleh dicapai melalui penggunaan [[suntikan bahan api]]. Suntikan tidak terus mula digunakan di dalam enjin kapal terbang bermula 1909, di dalam kereta lumba bermula 1930-an, serta di dalam kereta jalanan bermula lewat 1950-an.<ref name="Norbye"/> [[Suntikan Terus Petrol]] (GDI) mula digunakan di dalam kereta pengeluaran seperti model 2007 (Mark II) [[Mini (BMW)|BMW Mini]]. Gas ekzos juga dibersihkan melalui pemasangan penukar bermangkin pada sistem ekzos. Penguatkuasaan peraturan udara bersih dalam kebanyakan pasaran utama industri kereta menjadikan kedua-dua penukar bermangkin dan suntikan bahan api sebagai peralatan lazim. Kebanyakan enjin petrol moden mampu berjalan menggunakan campuran sehingga 15% [[etanol]] di dalam minyak petrol - kereta lama mungkin mempunyai salur dan sesendal yang boleh dirosakkan oleh etanol. Dengan hanya pengubahsuaian kecil, enjin petrol boleh menggunakan campuran etanol sehingga setinggi 85%. 100% etanol digunakan di beberapa negara di dunia (seperti [[Brazil]]), tetapi kereta mesti dihidupkan dengan menggunakan petrol tulen sebelum ditukarkan kepada etanol. Kebanyaan kereta petrol boleh juga menggunakan [[gas petroleum cecair|LPG]] dengan pemasangan tangki LPG serta pengubahsuaian sistem bahan api untuk dipasang pencampur LPG. LPG menghasilkan kurang pencemaran serta menjadi bahan api popular forklif yang perlu beroperasi di dalam bangunan.