William Slim, Viscount Slim Pertama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 69:
Dalam bulan Mac 1942, Slim diberikan pemerintahan [[Kor Burma]], juga dikenali sebagai "BurCorps", yang terdiri daripada [[Divisyen Infantri Ke-17 (India)|17 Divisyen Infantri India]] dan [[Divisyen Infantri Ke-39 (India)|1 Divisyen Infantri Burma]]. Slim dinaikkan ke pangkat pemangku [[Leftenan Jeneral]] pada 8 Mei 1942.<ref name=LG_15>{{London Gazette|issue=35550|startpage=2021|supp=yes |date=5 May 1942 |accessdate=31 December 2007}}</ref> Kor beliau sedang menghadapi serangan oleh [[Tentera Imperial Jepun|tentera Jepun]] dan beliau terpaksa derundur ke India kerana pasukannya tidak dapat menandingi tentera Jepun yang lebih fleksibel dan lebih mudah bergerak. Beliau dikurniakan pingat ''Commander'' ''[[Order of the British Empire]]'' (CBE) pada 28 Oktober 1942.<ref name=LG_16>{{London Gazette|issue=35763|startpage=4687|supp=yes |date=28 October 1942 |accessdate=31 December 2007}}</ref>
 
Slim kemudiannya mengambil alih [[Kor Ke-XV (India British)|XV Kor]] yang berada di bawah perintah Tentera Darat Timur (''Eastern Army''). Pemerintahannya merangkumi laluan-laluan pantai dari Burma ke India, pada sebelah timur bandar [[Chittagong]]. Beliau sering bertelingkah dengan pegawai atasannya [[Noel Irwin]], panglima Tentera Timur, dan, hasilan daripada itu, Irwin (walaupun seorang panglima ketumbukan yang lebih besar, yakni Tentera Darat atau "Army", berbanding Kor, sebuah ketumbukan di bawah tahap Army) mengambil alih kawalan operasi secara peribadi. Irwin mengawal kemaraan awal XV Kor yang mara ke dalam [[Negeri Rakhine|Semenanjung Arakan]]. Operasi berkesudahan dengan bencana, dan semasa pelaksanaan operasi, Slim diberikan semula jawatan tampuk pimpinan XV Kor; akan tetapi pemulihannya ke jawatan tersebut terlambat dan beliau tidak dapat mencegah kekalahan Kornya. Jeneral-jeneral Irwin dan Slim saling menyalahkan satu sama lain tapi pada akhirnya Irwin dipindahkan daripada jawatan pemerintahannya dan Slim dinaikkan pangkat sebagai pemerintah [[Tentera Darat Ke-14Keempat Belas (BritishUnited Kingdom)|Tentera Darat Ke-14]] yang baru ditubuhkan &ndash; dibentuk daripada [[Kor Ke-IV (United Kingdom)|IV Kor]] (Imphal), [[Kor Ke-XV (India British)|XV Kor]] (Arakan) dan XXXIII Kor (simpanan) – kemudiannya disertai oleh XXXIV Kor. Pada 14 Januari 1943, Slim dianugerahkan pingat ''[[Distinguished Service Order]]'' (DSO) ("Anugerah Perkhidmatan Cemerlang") buat tindakan-tindakannya di Timur Tengah dalam tahun 1941.<ref name=LG_17>{{London Gazette|issue=35862|startpage=321|supp=yes |date=14 January 1943 |accessdate=31 December 2007}}</ref>
 
Slim dengan pantas melatih tentera barunya untuk mengambil mengambil inisiatif dan mengambil tindakan agresif terhadap musuh. Premis asas adalah bahawa pergerakan di luar jalan raya adalah paling utama: peralatan lebih berat telah ditukar dengan keldai atau peralatan diangkut udara dan pengangkutan motor dikekalkan pada tahap minimum dan terhad pada kenderaan yang mampu menangani beberapa kawasan pertempuran yang paling teruk di [[Bumi]]. Doktrin baru menentukan bahawa sekiranya pihak Jepun telah memotong talian komunikasi, maka mereka juga turut dikelilingi. Semua unit hendaklah membentuk "kotak" pertahanan, yang dibekalkan semula melalui udara dan dibantu dengan sokongan udara rapat dan perisai bersepadu. Kotak pertahanan tersebut telah direka sebagai tindak balas yang berkesan bagi mengatasi taktik penyusupan oleh pihak Jepun semasa pertempuran. Slim juga menyokong peningkatan rondaan serangan dan latihan malam, untuk menggalakkan tenteranya agar kehilangan rasa takut mereka terhadap hutan dan kepercayaan mereka bahawa tentera Jepun adalah pejuang hutan yang lebih baik.