Fokker: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:46, 22 September 2005

Fokker adalah pembuat kapal terbang Belanda yang dinamakan sempena pengasasnya, Anthony Fokker.

Fokker 100 kepunyaan British Midland Airways

Sejarah

Syarikat ini didirikan pada 21 Julai 1919 oleh seorang Belanda, Anthony Fokker (18901939), salah seorang daripada peneroka penerbangan dunia. Pada usia 20, dia telah membina kapal terbang pertamanya, Spin (labah-labah), kapal terbang binaan Belanda yang pertama terbang dinegara asalnya. Pada tahun 1912, dia menubuhkan syarikat pertamanya, Fokker Aeroplanbau di Berlin, Jerman, kemudian berpindah ke Schwerin.

Di sana, Fokker membina kapal terbang bagi pihak temtera Jerman semasa Perang Dunia I, dipaksa sebagai rakan kongsi Hugo Junkers oleh kerajaan Jerman. Dia mencipta nama dengan kapal terbangnya Fokker E.III, yang menggunakan mekanisma yang membenarkan juruterbang menggunakan mesingan di kapal terbang mereka tanpa memusnahkan kipas mereka (menggunakan peralatan ganggu), Fokker D.VII, dan Fokker Dr.I tiga sayap yang terkenal kerana pernah digunakan oleh Manfred von Richthofen, lebih dikenali sebagai Baron Merah.

 
Fokker 70 of KLM taxiing after landing

Pada tahun 1919, Fokker berpisah daripada Junkers, kembali ke Belanda, dan memulakan syarikatnya sendiri. Dia tidak kembali dengan tangan kosong; Fokker berjaya menyeludup satu keretapi penuh pesawat tentera D.VII dan C.I termasuk alat ganti menyeberangi sempadan Jerman-Belanda. Simpanan permulaan ini membolehkan dia menubuhkan kedai dengan cepat.