Embun Mutiara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50:
Embun berkenalan dengan jurugambar iaitu Roni secara kebetulan ketika dia tercicirkan gambarnya sewaktu menghadiri sesi ujibakat. Roni merupakan jurugambar bebas dan dia benar-benar terpesona dengan kejelitaan Embun. Embun yang pada mulanya berhasrat untuk mempergunakan Roni mulai jatuh cinta dan akhirnya mereka merancang untuk berkahwin.
 
Namun, Embun memungkiri janjinya dengan kejadian yang mengaibkan apabila Embun dua kali berturut-turut lari dari pertunangan dan perkahwinan demi menghadiri ujibakat menjadi model. Mutiara menjadi galang ganti dengan terpaksa berpura-pura mengantikan Embun sebagai pengantin sehingga Roni sendiri akhirnya terpikat dengan keluhuran Mutiara dan mengahwininya. Mutiara mula tersepit. Namun Mutiara akur apabila dia ditunangkan dengan Roni. demi menyelamatkan maruah keluarga mereka ketika itu.

Embun yang mengetahui akan hal itu kemudian memarahi Mutiara kerana dia beranggapan adiknya itu sengaja ingin merampas kekasihnya itu. KehadiranHal itu menyebabkan hubungan Embun Dan Mutiara kini menjadi renggang. Sementara itu kehadiran Laila, iaitu kawan baik Athirah kini kembali untuk menuntut anaknya semula yang telah dia tinggalkan kepada Athirah suatu ketika dahulu. Athirah mendedahkan bahawa Embun adalah anak kandung Laila yang telah ditipkan kepadanya selama ini. Laila yang kini mengetahui bahawa Embun sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Roni kemudian bertindak segera menghalang perhubungan itu. Ini kerana setelah dia mengetahui bahawa Roni merupakan anak kepada Norman, iaitu bekas kekasihnya yang juga merupakan ayah kandung Embun. Athirah mendedahkan rahsia itu juga kepada Embun dan mengatakan bahawa Laila adalah ibu kandungnya. Embun berasa terkejut apabila mengetahui rahsia sebenarnya. Meskipun kecewa namun Embun akhirnya merelakan Roni mengahwini Mutiara setelah dia mengetahui hakikat bahawa dia dan Roni merupakan adik beradik tiri dan tidak mungkin akan bersatu. Embun yang selama ini begitu obses ingin menjadi model yang terkenal kemudian bersetuju untuk mengikuti Laila ke luar negara untuk bersiap sedia menjadi model terkenal. Manakala Roni dan Mutiara akhirnya berkahwin.
 
==Pelakon==