Istihlal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Istihlal"

Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Tambah pandangan Islam
Baris 1:
{{Usul al-fiqh}}

'''Istihlal''' ({{Ar|استحلال}} ''istiḥlāl,'' "pembolehan") dalam [[Fiqah|fikah]] bermaksud [[Halal|menghalalkan]] sesuatu yang disyariatkan [[haram]]. Ia adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam Islam kerana mengubah [[Syariat Islam|syariat]] yang telah ditetapkan [[Al-Quran]] dan sunah. Perkataan "istihlal" berasal daripada kata dasar ح-ل-ل yang bermaksud "urai", "selesai", "larut", "buka", "bebas" dan sebagainya.<ref name="wehrcowan">Wehr, H. (1976) ''[[Kamus Bahasa Arab Moden Bertulis|A Dictionary of Modern Written Arabic]]: Third Edition''. (ed.) [[J. Milton Cowan]]. Spoken Language Services, Inc. [[Ithaca, New York]]. {{ISBN|0-87950-001-8}}.</ref>

== Pandangan dalam Islam ==
Menurut agama Islam, kaedah fikah menetapkan segala yang wujud sebagai halal dan harus (dibolehkan), melainkan ada nas yang mengatakan sebaliknya. Dalam hadis Nabi, daripada Abdullah bin Abbas:
{{Quote|عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كَانَ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ يَأْكُلُونَ أَشْيَاءَ وَيَتْرُكُونَ أَشْيَاءَ تَقَذُّرًا فَبَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى نَبِيَّهُ وَأَنْزَلَ كِتَابَهُ وَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ فَمَا أَحَلَّ فَهُوَ حَلاَلٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ وَتَلاَ ‏{‏ قُلْ لاَ أَجِدُ فِيمَا أُوحِيَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا ‏}‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ ‏.

“Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ia pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah s.w.t., kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca daripada firman Allah s.w.t.: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.” (Surah Maryam: 64)"|Riwayat Al-Hakim dan beliau mensahihkannya, san dikeluarkan oleh Al-Bazzar.<ref>https://sunnah.com/abudawud/28/65</ref>}}
Kekuasaan untuk menentukan jika sesuatu itu halal atau haram hanya terletak kepada Allah,<ref name=":0">Dr. Zulkifli b. Mohamad Al-Bakri (2016) [https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1109-bayan-linnas-siri-ke-73-penamaan-makanan-dan-minuman-status-halal-dan-isunya Bayan Linnas Siri ke-73]. ''Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan''.</ref> bukan kepada sebarang manusia biarlah orang biasa atau raja. Dan barang siapa tetap melakukannya, dia telah melampaui batas dan melanggar hak mutlak Allah dalam pentadbiran hukum-Nya dan telah melakukan sesuatu bersifat syirik,<ref name=":0" /> seperti yang Allah firman dalam [[Surah Asy-Syuraa|Surah Asy-Syura]], ayat 21:
{{Quote|أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah SWT."|QS 42:21<ref>quran.com/42/21</ref>}}
Ia juga perbuatan yang menyerupai kaum ahli Kitab Yahudi dan Nasrani kerana membenarkan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka menentukan apa yang halal dan haram sesuka hati.
{{Quote|اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

"Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah s.w.t., dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibnu Maryam, sedang mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah s.w.t. dari apa yang mereka sekutukan"|QS 42:31<ref>quran.com/42/31</ref>}}
Sewaktu itu, Adi bin Hatim r.a. yang belum memasuki Islam berkata kepada Nabi s.a.w.: ''"Hai Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah paderi dan pendeta itu!"'' Rasulullah SAW menjawab:
{{Quote|بَلَى إِنَّهُم حَرَّمُواْ عَلَيْهِمُ الْحَلاَلَ وَأَحَلُّواْ لَهُمُ الْحَرَامَ فَاتَّبَعُوْهُمْ فَذَلِكَ عِبَادَتُهُمْ

“Bahkan kerana sesungguhnya mereka telah mengharamkan ke atas para pengikut mereka yang halal dan menghalalkan buat mereka yang haram. Lalu mereka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahan mereka.”|Riwayat Al-Tirmizi dan lainnya. Hadis digredkan hasan.}}
Surah Al-Araf ayat ke-32 mencegah sifat keterlaluan dan melampau batas.
{{Quote|يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ . وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah s.w.t. bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah s.w.t. kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah s.w.t. yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."}}

== Di dunia Barat ==
Perkataan "istihlal" menjadi meleluasa di media Barat pada 11 Mac 2005, tarikh ulang tahun [[11 March 2004 Madrid train bombings|pengeboman kereta api Madrid 2004]], apabila [[Suruhanjaya Islam Sepanyol]] (La Comisión Islámica de España) mengeluarkan [[fatwa]] mengecam [[Osama bin Laden]] dan [[Al Qaeda|Al-Qaeda]] kerana melakukan istihlal dengan menghalalkan "[[jihad]]" dengan melakukan [[Terorisme|keganasan]], serta membunuh wanita, kanak-kanak dan orang yang tidak terlibat dengan penempuran.<ref name="CNN20052">{{cite web|url=http://www.cnn.com/2005/WORLD/europe/03/11/madrid.anniversary/|title=Bin Laden fatwa as Spain remembers|ref=CNN2005|accessdate=14 Disember 2019|publisher=[[Cable News Network|CNN]]|date=11 Mac 2005|archiveurl=https://web.archive.org/web/20050711083154/http://www.cnn.com/2005/WORLD/europe/03/11/madrid.anniversary/|archivedate=11 Julai 2005}}</ref>