Keabadian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 8:
* '''Keabadian falsafah''' - [[Idealisme]] ini mengatakan bahawa [[metafizik]] ''universal'' dan fenomena [[Objek abstrak|abstrak]] wujud dan boleh berinteraksi mahupun sedikit sahaja dengan golongan [[manusia]]. Jika sesuatu fenomena abstrak sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kewujudan [[abadi]] kecil, maka seseorang itu mungkin menemui keabadian pada tahap yang singkat dengan berinteraksi dengannya.
* '''Keabadian genetik''' - Pandangan ini memberi perhatian terhadap meinggalkan benih kehidupan, ataupun keabadian menerusi [[evolusi]], di mana konsep ini adalah hampi serupa kepada teori ''gen bongkak'' [[Richard Dawkins]] ("kamu sebenarnya tidak akan mati; selagi wujudnya bahan-bahan genetik yang ditinggalkan kamu di dunia ini").
* '''Keabadian Magikal''' - Kebanyakan ahli-ahli kimia [[Eropah]] dan [[Cina]] tergolong di dalam golongan manusia dalam kategori ini. Gambaran di dalam kesusasteraan [[Gilgamesh]] adalah tergolong di dalam kitaran ini dan di dalam sebuah kitaran penuh, ataupun di dalam kitaran-kitaran lagenda [[Raja Arthur|Arturia]] yang wujud di dalam kisah-kisah [[British]], termasuk juga ''Knights of the Round Table'' yang telah mencari ''Holy Grail'' yang, menurut cerita, merupakan mangkuk suci yang digunakan [[Nabi IsaJesus]] dan para pengikutnya di dalam ''Last Supper''. Proses ini mungkin juga membawa maksud kekebalan atau tidak boleh dibunuh.
* '''Tidak berajal''' - Sesetengah mempercayai bahawa [[teknologi]] penerusan kehidupan akan memebawa kepada [[peremajaan]]. Sesetengah mempercayai bahawa [[kryonisme]] akan membenarkan mereka yang telah mati untuk dibangkitkan semula di dalam bidang medikal yang berteknologi pada masa hadapan.
* ''Keabadian atomik'' - Minda seseorang yang lupus disamping kematian. Tubuh badan yang kemudiannya mulai reput. Ulat dan cacing yang memakan daging yang mulai reput, seterusnya dimakan oleh burung, yang seterusnya dimakan oleh manusia lain. Tubuh badan fizikal anda akan dikitar semula sepanjang masa. Meskipun "anda" tidak lagi wujud di dalam bentuk fizikal manusia, tubuh anda akan dikitar semula sehingga penghujung hayat alam semesta