Fatwa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Kembangkan rencana.
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Menerjemahkan lebih banyak maklumat dari Wikipedia bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Baris 17:
 
=== Pengeluaran fatwa ===
Kajian fatwa dirumuskan dalam teks-teks [[Usul al-fiqh|usul al-fikah]] (pengasasan perundangan Islam), manakala garis panduan praktik untuk mufti ada dalam buku pedoman yang dipanggil ''Adab Al-Mufti'' atau ''Adab Al-Fatwa'' (budi bahasa mufti/fatwa)''.''<ref name=":8">Messick, B. (2017)</ref>
 
Fatwa dikeluarkan untuk menjawab soalan. Panjang jawapan tersebut boleh sependek mengatakan "ya" atau "tidak" mahupun sepanjang senaskhah buku.<ref name=":0" /><ref name=":1" /> Fatwa yang pendek biasanya untuk menyelesaikan perkara yang biasa dan umum, manakala fatwa yang panjang diberikan untuk menyelesaikan perkara yang luar biasa, serta alasan untuk fatwa yang diberikan. Soalan yang diajukan kepada mufti haruslah masalah yang sebenar dan bukan soalan bersahaja atau sekadar ingin tahu dan jawapan dihasilkan secara am, dengan menyisihkan nama tempat dan orang. Seorang mufti biasanya tidak patut bertanya tentang perkara lain selain daripada maklumat yang telah diberikan, dan soalan yang berkenaan perbalahan akan dibuat dengan berhati-hati untuk mendapat perasaan balas yang diingini.<ref name=":3">Messick & Kéchichian (2009)</ref> Dan fahaman mufti pada sesuatu soalan akan bergantung terhadap kebiasaan dan adat resam sesuatu kaum. Mengikut amalah fikah, jika persoalan tersebut tidak cukup jelas atau tidak cukup maklumat untuk keluarkan fatwa, mufti tersebut sepatutnya nyatakan masalah itu dalam jawapan balas mereka.<ref name=":3" />
Baris 63:
* Fatwa yang dikeluarkan mufti utama dikumpul dalam kitab untuk menjadi sumber rujukan kes-kes yang lampau, manakala keputusan mahkamah walaupun dicatat dalam daftar mahkamah ia tidak disebarkan atau diwara-warakan.<ref name=":0" /><ref name=":3" />
* Mufti dan kadi kedua-duanya bertafsirkan syariah, tafsiran keundangan menggunakannya dalam penilaian bahan bukti seperti sumpah dan keterangan tertuduh, manakala seorang mufti menyemak sumber-sumber daripada Al-Quran, sunah, kitab-kitab agama dan catatan berkenaan dengan syariah.<ref name=":3" />
* Dalam sistem keundangan klasik, kadi merupakan kakitangan awam yang dilantik oleh pemerintah, sementara mufti pula merupakan sarjana swasta dan tidak dilantik oleh pegawai kerajaan.<ref name=":9">Berger (2014)</ref>
 
=== Pengasasan ===
Baris 93:
 
Tiada satu pun jawatankuasa Islam antarabangsa yang wujud untuk menyelesaikan perbezaan dalam penafsiran syariah. Sebuah Akademi Fikah Islam Antarabangsa ([[Bahasa Arab|Arab]]: <span lang="ar" dir="rtl">مجمع الفقه الاسلامي الدولي</span>) pernah ditubuhkan oleh [[Pertubuhan Kerjasama Islam]], namun pendapat mereka adalah tidak terikat.<ref name=":4" />
 
=== Pengaedahan fatwa ===
Fatwa di zaman moden lebih bergantungkan pada proses ijtihad, iaitu menyelidik sesuatu berdasarkan peraturan-peraturan tertentu daripada mengikut pandangan pihak pemfatwa yang lama.<ref name=":9" /> Mufti di zaman silam biasanya menggunakan pandangan yang telah digunakan dalam mazhab mereka manakala di zaman kini, banyak mufti mendirikan fatwa mereka secara bebas dan tidaklah mengikut satu mazhab sahaja.<ref name=":3" />
 
Antara hasil yang paling keji akibat tidak mempedulikan perundangan syariah klasik ialah fatwa-fatwa [[Islam Militan|pengganas militan]] yang menafsirkan Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan pengeboman berani mati, pembunuhan orang awam serta pengisytiharan orang Muslim sebagai kufur.<ref name=":9" />
 
Bentuk-bentuk ijtihad baharu juga telah menimbulkan fatwa yang menyokong idea-idea baharu seperti [[kesamarataan jantina]] dan [[Faedah|faedah perbankan]], yang berlawanan dengan perundangan syariah klasik. Ini biasanya dicapai dengan menerapkan pelbagai ajaran perundangan tradisional seperti makasid syariah, maslahat dan darurat, berbanding menggunakan sumber-sumber nas secara tepat. Hujah sokongan demi ini ialah bahawa Syariat Islam bertujuan untuk membela kemaslahatan para Muslim dan memperlancarkan hidup mereka (taysir). Bentuk ijtihad ini amat terkenal dalam ''fiqh al-aqalliyat'' (<span lang="ar" dir="rtl">فقه الأقليات</span>, fikah minoriti), sebuah cabang baharu dalam perundangan syariah yang bertujuan untuk menangani masalah dan keperluan orang Muslim yang berada di negara yang majoritinya adalah bukan Muslim. Hujah bantahan menentangnya berkata syariah sepatutnya yang menetapkan kepentingan para Muslim dan bukan akasnya.<ref name=":9" />
 
=== Fatwa politik dan pertengkarahan ===
[[Fail:La déclaration de la Guerre Sainte à Konstantinyé en novembre 1914- Photo.jpg|thumb|Watikah fatwa menyokong pengisytiharan jihad kerajaan Uthmaniyah pada 1914, dibacaka oleh Penjaga Fatwa (''Fetva Emini'')<ref>Zürcher (2016). h. 56.</ref>]]
Pada 14 November 1914, sultan Uthmaniyah mengisytiharkan sebuah jihad untuk menandakan kemasukan rasmi [[Kerajaan Uthmaniyah]] ke dalam [[Perang Dunia Pertama|Perang Dunia I]]. Pengisytiharan tersebut disokong oleh sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Al-Islam. Namun, bertentangan dengan harapan Jerman yang pengisytiharan tersebut akan mencetuskan pemberontakan orang Muslim di koloni-koloni British dan Perancis, fatwa tersebut ditolak dan dipandang enteng oleh pihak berkuasa Muslim di tanah jajahan mereka. Ia juga menimbulkan sebuah perbahasan ilmiah yang hangat di Eropah. Pertengkarahan tersebut dicetuskan oleh sebuah rencana tahun 1915 oleh seorang orientalis terkenal Belanda bernama [[Snouck Hurgronje|C. Snouck Hurgronje]], bertajuk ''Heilige Oorlog Made in Germany [Perang Agama Dibuat di Jerman]''. Di dalamnya, Hurgronje mengecam rakan sekerja Jermannya yang beliau rasa telah hasutkan isytiharan jihad sebagai rayuan sembarangan yang mengancam projek pemodenan dunia Muslim. Rencana tersebut disebarkan secara meluas dalam terjemahan Inggeris dan kesahihannya masih lagi sangsi oleh sejarawan, yang tahu kewujudan pengaruh Jerman dan kelicikan politik dalam negeri Uthmaniyah yang tersirat dalam pengisytiharan itu.<ref>Zürcher (2016) hh. 14–18.</ref>
 
Beberapa fatwa pemboikotan pernah diisukan di zaman moden, contohnya satu yang dikeluarkan oleh seorang ulama Iraq pada 1933, yang menyeru umat Islam untuk memboikot barangan produk Zionis.<ref name=":1" /> Pada tahun 2004, [[Yusuf al-Qaradawi|Yusuf Al-Qaradawi]] mengeluarkan sebuah fatwa untuk memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat, kerana membeli produk mereka akan mengukuhkan pihak-pihak yang menentang Palestin.<ref name=":4" />
 
Sesetengah mufti di era moden, seperti mufti Lubnan di pertengahan abad ke-20 dan Mufti Besar Kesultanan Oman, pernah menjadi pemimpin politik yang penting.<ref name=":3" /> Di Iran, [[Ayatollah Khomeini]] menggunakan isytiharan dan fatwa untuk memperkenalkan dan mengabsahkan sejumlah institusi, seperti Majlis Pemberontakan Islam (Parsi: <span lang="fa" dir="rtl">شورای انقلاب اسلامی‎</span>) dan [[Majlis Iran]] (Parsi: <span lang="fa" dir="rtl">مجلس شورای اسلامی</span>).<ref name=":1" />
 
Fatwa Ayatollah yang paling dikenali adalah berkenaan [[Kontroversi Satanic Verses|isytiharan]] maut kepada [[Salman Rushdie]] disebabkan novel beliau ''[[The Satanic Verses]]''.<ref name=":1" /> Ayatollah sendiri tidak memanggil isytiharan ini sebagai fatwa, dan sesetengah ulama berpendapat ia tidak layak dilabelkan begitu, kerana dalam syariah teori hanya mahkamah sahaja boleh tentukan jika seorang individu itu bersalah atau tidak.<ref name=":0" /><ref name=":10">Vikør (2005) h. 142.</ref> Tetapi setelah isytiharan tersebut dipersembahkan sebagai fatwa dalam sidang akhbar Barat, label ini diterima pakai oleh ahli kritik dan juga penyokong,<ref name=":0" /><ref name=":10" /> dan kontroversi ''Satanic Verses'' dikatakan telah membawa pengasasan fatwa kepada tumpuan dunia.<ref name=":8" /> Ia dan berbilang fatwa militan terkemudiannya telah menyebabkan fatwa disalah anggap sebagai sebuah waran maut.<ref name=":9" />
 
Pelbagai gerakan militan dan reformasi di zaman moden menyebarkan fatwa yang dikeluarkan oleh individu-individu yang tidak berkelayakan untuk jadi seorang mufti. Salah satu contoh ialah sebuah fatwa yang dikeluarkan pada 1998 oleh [[Osama bin Laden]] dan empat rakan kongsinya, yang mengisytiharkan "jihad menentang Yahudi dan Salibi" dan menghalalkan pembunuhan orang awam Amerika Syarikat. Banyak ahli mufti mengecam isi fatwa beliau dan menekankan bahawa Osama bin Laden tidak mempunyai kelayakan untuk mengeluarkan fatwa apatah lagi mengisytiharkan jihad.<ref name=":1" />
 
[[Risalah Amman]] ialah sebuah penyataan yang ditandatangani oleh hampir 200 ulama ternama di Jordan pada tahun 2005, yang bertujuan sebagai fatwa balas menentang penggunaan [[takfir]] semberono oleh kumpulan "penjihad", yang mempergunakannya untuk membenarkan jihad menentang pemimpin negara yang majoritinya Muslim. Risalah Amman mengiktirafkan lapan mazhab Islam sebagai sah dan mengharamkan pengisytiharan murtad ke atas mereka. Penyataan tersebut juga menegaskan bahawa fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh mufti-mufti terlatih, dan membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka semua yang tidak mempunyai kelayakan.<ref name=":0" /><ref name=":1" />
 
Fatwa-fatwa yang salah dan kadangkalanya dahsyat yang dikeluarkan oleh individu-individu yang tidak berkelayakan di zaman kini pernah menimbulkan "huru-hara" dalam pengamalan fatwa di zaman moden.<ref name=":8" />
 
=== Peranan media moden ===
Kemajuan dalam teknologi komunikasi dan kebangkitan internet telah mengubah sambutan dan peranan fatwa dalam masyarakat moden.<ref name=":1" /><ref name=":11">Ghafour (2016)</ref> Di zaman silam, kebanyakan fatwa dikeluarkan untuk menjawab soalan-soalan peribadi yang ditanya oleh seorang pengaju. Di awal abad ke-20, seorang ulama pengislah [[Rashid Rida]] membalas beribu-ribu soalan dari seluruh dunia Islam dalam pelbagai tajuk politik dan sosial di dalam bahagian fatwa dalam jurnal beliau ''[[Al-Manar]].''<ref name=":8" /><ref name=":3" /> Pada lewat abad ke-20, semasa Mufti Besar Mesir [[Muhammad Sayyid Tantawi|Sayyid Tantawy]] mengeluarkan fatwa membenarkan perbankan berfaedah, fatwa tersebut diperdebatkan dalam sidang akhbar Mesir oleh para ulama dan cendiakawan biasa.<ref name=":1" />
 
Di zaman internet, banyak laman sesawang telah muncul menawarkan fatwa kepada pembaca dari seluruh dunia. Contohnya, IslamOnline yang menerbitkan sebuah arkib bagi sesi "fatwa langsung", yang bilangannya hampir cecah seribu menjelang 2007, bersertakan biografi para mufti. Bersama-sama dengan rancangan siaran televisyen, bicarawara dan talian hangat fatwa yang menawarkan fatwa dalam telefon, laman sesawang begini telah menyumbang kepada bentuk pemfatwaan baharu.<ref name=":1" /><ref name=":11" /> Tidak seperti fatwa-fatwa padat atau teknikal di zaman dahulu, fatwa yang dikeluarkan melalui media massa moden kini digunakan secara meluas dan lebih mudah dicapai oleh khalayak awam.<ref name=":8" />
 
Media moden juga telah mempermudahkan bentuk bekerjasama dalam pembentukan fatwa. Sekumpulan mufti diajukan soalan melalui laman web fatwa, supaya soalan-soalan dapat diagihkan kepada mufti-mufti yang ada dalam rangkaian tersebut yang bertindak sebagai mufti penasihat. Dalam sesetegah kes pula, mufti-mufti dari pelbagai negara, mazhab dan kadangkala juga aliran agama (Sunah Waljamaah dan Syiah), bekerjasama untuk mengeluarkan fatwa yang ditanggap akan menjadi lebih berwibawa dan kuat kuasa ke atas khalayak awam berbanding fatwa sendirian. Fatwa berjemaah ini (juga dipanggil ''ijtihad jama'i'', "pandangan berjemaah") merupakan sebuah perkembangan baharu dalam sejarah, dan dapat ditemukan sebagai majlis dalam institusi kewangan Islam dan majlis fatwa antarabangsa.<ref name=":9" />
 
=== Peranan sosial fatwa ===
Fatwa pada zaman kini telah semakin maju melepasi perkara-perkara syariah kepada perkara-perkara untuk menangani ibadat dan perkembangan dalam hal-hal keagamaan seperti penafsiran Al-Quran, rukun dan kesufian. Fatwa moden juga menangani pelbagai lagi perkara, termasuklah insurans, pembedahan alih jantina, penerokaan bulan, meminum bir,<ref name=":8" /> pengguguran dalam kes kecacatan bayi yang membawa maut ataupun lelaki dan wanita berkongsi ruang kerja yang sama.<ref name=":11" /> Dalam alam peribadi, sesetengah mufti telah pun menjadi penjawat sosial yang memberi nasihat kepada pelbagai masalah peribadi yang dialami.<ref name=":8" />
 
Identiti pengaju soalan juga telah banyak berubah. Dengan peningkatan dalam pendidikan sejagat, individu yang meminta fatwa telah menjadi lebih berpengetahuan, sedangkan dahulunya seorang mufti jauh lebih berilmu daripada sang mustafti. Pengaju soalan juga kini biasanya wanita, dan di zaman kini wanita Muslim selalunya ajukan pertanyaan mereka kepada mufti secara langsung daripada meminta seorang wali atau mahram sebagai pengantara mereka. Oleh kerana wanita kini mewakili sejumlah besar dalam mereka yang menuntut bidang syariah dan berkelayakan untuk menjadi muftiyah, kehadiran mereka dalam proses pemfatwaan dijangka akan terus berkembang.<ref name=":8" /><ref name=":11" /> Sebuah talian hangat fatwa di [[Emiriah Arab Bersatu]] membekalkan akses kepada individu biasa untuk bertanya kepada mufti ataupun muftiyah, dan memudahkan wanita untuk mengajukan soalan mereka kepada mufti wanita yang bertauliah.<ref name=":11" />
 
Sejumlah besar fatwa yang dikeluarkan di zaman moden meneguhkan kepentingan Islam tulen dalam hidup harian seorang Muslim. Namun, tiada penyelidikan yang cukup untuk menatijahkan sejauh mana khalayak Muslim menerapkan fatwa dan hukum-hakam dalam hidup harian mereka. Daripada mencerminkan perilaku atau pendapat orang Muslim yang sebenar, fatwa-fatwa ini menggambarkan pendapat bagaimana seorang Muslim "patut berfikir".<ref name=":9" />
 
== Lihat juga ==
Baris 107 ⟶ 144:
*Berkey, Jonathan (2004). "Education". In Richard C. Martin (ed.). ''Encyclopedia of Islam and the Muslim World''. MacMillan Reference USA. ISBN 0028662695.
*Dallal, Ahmad S.; Hendrickson, Jocelyn (2009). [http://www.oxfordislamicstudies.com/print/opr/t236/e0243 "Fatwā. Modern usage"]. Daripada John L. Esposito (peny.). ''The Oxford Encyclopedia of the Islamic World''. Oxford: Oxford University Press.
* Ghafour, Hamida (20 Ogos 2016). [https://www.theguardian.com/world/2016/aug/20/heard-everything-women-fatwa-hotline-abu-dhabi "The fatwa hotline: 'We have heard everything'"]. ''The Guardian''. Dicapai 29 Disember 2019.
* Hallaq, Wael B. (2009). ''[https://books.google.com/books?id=3YvEt3PxmAcC An Introduction to Islamic Law]''. Cambridge University Press. ISBN 0521861462.
*Hallaq, Wael B. (2010). "Islamic Law: History and Transformation". Daripada Robert Irwin (peny.). ''[https://books.google.com/books?id=bNeaBAAAQBAJ The New Cambridge History of Islam]''. Jilid 4: Islamic Cultures and Societies to the End of the Eighteenth Century. Cambridge University Press. ISBN 052183824X
* Hendrickson, Jocelyn (2013). "Fatwa". Daripada Gerhard Böwering, Patricia Crone (peny.). ''The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought''. Princeton University Press. ISBN 0691134847.
Baris 117 ⟶ 155:
* Tyan, E.; Walsh, J.R. (2012). "Fatwā". Daripada P. Bearman; Th. Bianquis; C.E. Bosworth; E. van Donzel; W.P. Heinrichs (peny.). ''Encyclopaedia of Islam'' (eds. ke-2). Brill. doi:[[doi:10.1163/1573-3912_islam_COM_0219|10.1163/1573-3912_islam_COM_0219]].
*Vikør, Knut S. (2005). ''[https://books.google.com/books?id=I9d7Jw8c5v4C&pg=PA142 Between God and the Sultan: A History of Islamic Law]''. Oxford University Press. ISBN 0195223985.
*Zürcher, Erik Jan (2016). ''[https://books.google.com.my/books?id=6qc8jgEACAAJ&dq=isbn:9087282397&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjLvsa0s9rmAhWF7nMBHRMgAsQQ6AEIKTAA Jihad and Islam in World War I: Studies on the Ottoman Jihad on the Centenary of Snouck Hurgronje's "Holy War Made in Germany"]''. Leiden University Press. ISBN 9087282397.
 
[[Kategori:Frasa dan kata Arab]]