Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 99:
[[Fail:JapaneseMarchSgpCity.jpg|thumb|left|Bala Tentera Diraja Jepun berarak melalui pusat bandaraya Singapura setelah British menyerah kalah.]]
 
Pada Perang Dunia Kedua, serangan [[Empayar Jepun|Tentera Diraja Jepun]] terhadap [[Malaya British|Tanah Melayu]], memuncak dengan [[Pertempuran Singapura]]. Pihak British ditumpaskan dalam masa enam hari, lalu menyerahkan kubu yang kononnya tak tertawan kepada Jeneral [[Tomoyuki Yamashita]] pada 15 Februari 1942. Kejadian ini disifatkan oleh Perdana Menteri British, [[Winston Churchill]] sebagai "malapetaka terburuk dan penyerahan terbesar dalam sejarah British".<ref>{{cite news |url=http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/february/15/newsid_3529000/3529447.stm |title=BBC On This Day – 15 Februari 1942: Singapore forced to surrender |accessdate=1 Mei 2007 |publisher=BBC | date=15 Februari 1942}}</ref> Selepas kejatuhan Singapura, [[Pembunuhan Sook Ching|pembunuhan kaum Cina beramai-ramai]] oleh tentera Jepun meragut 5,000 – 25,000 nyawa.<ref>"[http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+sg0027) Singapore]". [[Library of Congress Country Studies]]</ref> Singapura dinamai semula sebagai {{Nihongo|Pulau Syonan|昭南島|Shōnantō}}, yang membawa maksud “pulau selatan yang diraih pada [[zaman Shōwa]]”. Singapura dikuasai oleh Jepun sehingga dirampas balik oleh British pada 12 September 1945, sebulan selepas [[penyerahan kalah Jepun]].
 
Berikutan perang itu, kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1955, yang dimenangi oleh calon pro-kemerdekaan, [[David Saul Marshall|David Marshall]], ketua parti [[Barisan Buruh]] yang menjadi Ketua Menteri.