Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 178:
Singapura merupakan hab penerbangan untuk rantau Asia Tenggara dan sebuah perhentian di [[laluan Kanggaru]] di antara [[Australasia]] dan Eropah. [[Lapangan Terbang Changi Singapura]] mempunyai serangkaian 80 sistem penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan 200 bandaraya di 68 negara. Ia pernah dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa terbaik di dunia oleh majalah-majalah pelancongan antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 oleh [[Skytrax]].<ref>{{cite web |title=2006 Airport of the Year result |accessdate=1 Jun 2006 |url=http://www.worldairportawards.com/Awards-2006/AirportYear-2006.htm |archiveurl=http://web.archive.org/web/20061231160516/http://www.worldairportawards.com/Awards-2006/AirportYear-2006.htm |archivedate=31 Disember 2006}}</ref> Kini, lapangan terbang ini ada tiga terminal penumpang, dan sebuah penumpang bajet yang memberi kemudahan kepada [[Tiger Airways]] dan [[Cebu Pacific]]. Sistem penerbangan negara ialah [[Singapore Airlines]] (SIA). Lapangan Terbang Changi diswastakan pada tahun 2009 dan kini milik mutlak Changi Airport Group.
 
Prasarana pengangkutan domestik menyediakan [[Pengangkutan jalan di Singapura|sistem jalan raya]] yang menyeluruh di seluruh pulau, termasuk satu [[LebuhRangkaian raya diLebuhraya Singapura|rangkaian lebuh raya ekspres]]. Sistem jalan raya awam dipermudah oleh [[Pengangkutan bas di Singapura|perkhidmatan bas negara]] dan sebilangan syarikat pengendali teksi berlesen.
 
Sistem tren alihan massa utama negara, iaitu [[Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)|Sistem Pengangkutan Gerak Cepat]] (''Mass Rapid Transit'', MRT) beroperasi sejak tahun 1987. Sistem MRT ini dilengkapkan lagi dengan [[Sistem Rel Ringan (Singapura)|Sistem Rel Ringan]] (''Light Rail Transit'', LRT) untuk memperluas capaian kepada kawasan perumahan. Sistem [[EZ-Link]] yang dilancarkan pada tahun 2001 membolehkan [[kad pintar]] tanpa sentuh berfungsi sebagai tiket nilai simpanan untuk digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Singapura.