Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 38:
 
=== 1968 - 1972: Tahun- tahun Awal ===
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah dibentuk pada 24 Mac 1968. 6 pengasas parti ini adalah Professor [[Syed Hussein Alatas]] dari Universiti Singapura; Dr. David [[Tan Chee Khoon]], Ahli Parlimen Batu, Selangor dan bekas ketua Parti Buruh; Dr. J.B.A. Peter, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA); Dr. [[Lim Chong Eu]], Ahli Parlimen Tanjung, Pulau Pinang dan bekas Presiden Parti Demokratik Bersatu (UDP); Profesor Wang Gungwu dari Universiti Malaya, dan V. Veerapan, seorang peguam dan bekas pemimpin Parti Buruh.
 
Berikutan daripada kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 25 Mei 1968,sebuah Jawatankuasa Pusat pertama yang terdiri daripada 6 orang Melayu (termasuk dua wanita), 6 orang Cina dan 3 orang India telah ditubuhkan. Jumlah keahlian parti pada masa itu adalah 1,400 orang dengan 43 cawangan yang ditubuhkan di kebanyakan kawasan perbandaran bukan Melayu, dengan Dr. Lim Chong Eu memegang tampuk di Pulau Pinang dan Dr. Tan Chee Khoon di Kuala Lumpur. Sebagai langkah untuk mengekalkan penguasaan parti ke atas kerajaan negeri dan merealisasikan pembangunan yang telah dijanjikan dalam manifesto kempen pilihanraya parti untuk Pulau Pinang,sebuah gabungan kerajaan telah dibentuk bersama dengan Parti Perikatan pada 13 Februari 1972.