Barisan Sosialis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di [[Pulau Pinang]], di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan [[George Town]] selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]] serta juga majlis tempatan di [[Seremban]] dan [[Serdang]]. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat [[Parti Buruh Malaya]] telah memenangi kerusi majlis tempatan [[Sungai Pinang]] pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.
 
SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), [[Aziz Ishak|Abdul Aziz Ishak]], membawa parti barunya [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] atau [[National Convention Party]] (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.<ref>{{cite book | last = Weiss | first = Meredith Leigh | authorlink = | coauthors = | title = Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia | publisher = Stanford University Press | date = 2005 | location = Palo Alto | pages = 324 | url = | doi = | id = | isbn = 0804752958 }}</ref> Kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan [[Parti Perikatan|Perikatan]] telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak ber[[haluan kiri]] SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan [[Parti Perikatan|Perikatan]] pimpinan [[UMNO]].
 
Pada [[1963]], sejurus selepas peristiwa [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia]] pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin ''Barisan Sosialis'' telah diberkas. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah [[Ahmad Boestamam]] (presiden PRM), [[Ishak Haji Muhammad]] (presiden PBM), [[Aziz Ishak|Abdul Aziz Ishak]] (presiden PPK) serta Datuk [[Kampo Radjo]] (kemudian menjadi presiden PRM), [[Tan Kai Hee]], [[Tan Hock Hin]], Dr. Rajakumar, [[Hasnul Hadi]], [[Tajuddin Kahar]] dan ratusan yang lain. Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam<ref>{{cite book | last = Weiss | first = Meredith Leigh | authorlink = | coauthors = | title = Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia | publisher = Stanford University Press | date = 2005 | location = Palo Alto | pages = 324 | url = | doi = | id = | isbn = 0804752958 }}</ref> dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah [[Akta Keselamatan Dalam Negeri]] (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". Akibatnya pada [[Pilihan raya umum Malaysia 1964]], SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan [[Darurat]] pada 1964 akibat Konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF.<ref>[http://links.org.au/node/732 Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles, Links – International Journal of Socialist Renewal, "Left sails through the turbulent times", By SANTHA OORJITHAM, 2008/10/26, NST]</ref>
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969]], Barisan Sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam [[Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959]] dan [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1964]] telah roboh berikutan pertikaian antara [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]] (PRM) dan [[Parti Buruh Malaya]] (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan PRM bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri.<ref>[http://web.archive.org/20070819073055/31august1957.blogspot.com/2007/08/watershed-elections-of-1969.html Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History]</ref> Barisan Sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum [[Peristiwa Mei 13]] pada 1969.