Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 6:
== Pengenalan ==
 
'''Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru''' (MPKLM/BPG) ialah sebuah Negeri Pengakap yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Pengurusan Pendidikan Negara yang kini dikenali sebagai [[Institut Aminuddin Baki]] (IAB). Perasmian telah dilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. [[Sulaiman Daud|Sulaiman Hj. Daud]] selaku Ketua Pengakap Negara merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Perkara ini telah direstui oleh Y.B. Dato’ Haji [[Abdullah Ahmad Badawi|Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]], Menteri Pelajaran pada 8 Ogos 1985, semasa merasmikan Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama.
 
MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbirkan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) di Malaysia yang merangkumi 31 buah semasa penubuhannya. Kini, selaras dengan pentadbiran Institut Pendidikan Guru secara induk, MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKL/IPG KPM dan terdapat 6 zon MPKLM/IPG KPM iaitu MPKLM/IPG KPM ZON TIMUR, MPKLM/IPG KPM ZON UTARA, MPKLM/IPG KPM ZON SELATAN, MPKLM/IPG KPM ZON TENGAH, MPKLM/IPG KPM ZON SABAH dan MPKLM/IPG KPM ZON SARAWAK.