Gangstar Vegas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 14:
'''''Gangstar Vegas''''' (awalnya dikenali sebagai '''''Gangstar Vegas: City of Sin''''', juga dikenali sebagai '''''Gangstar 4: Vegas''''', dan kini dikenali sebagai '''''Gangstar Vegas: World of Crime''''') ialah [[permainan video]] [[Permainan video aksi-pengembaraan|aksi-pengembaraan]] [[dunia terbuka]] yang diterbitkan oleh [[Gameloft]] dan dibangunkan oleh sekurang-kurangnya salah satu anak syarikatnya. Ia dilancarkan untuk [[Android (sistem pengendalian)|Android]] dan [[iOS]] ([[iPhone]], [[iPod Touch]] dan [[iPad]]) pada 7 Jun 2013. Permainan ini ialah ansuran keenam (''Gangstar City'' yang ketujuh) dalam siri ''Gangstar'', dan didahului oleh ''[[Gangstar Rio: City of Saints]]'' dan ''[[Gangstar: New Orleans]]''.
 
''Gangstar Vegas'' bermula di [[Las Vegas, Nevada|Las Vegas]], [[Nevada]]. Cerita ini berkisar tentang Jason Malone, seorang atlet [[seni bela diri campuran]] (MMA yang mahir yang menjadi sasaran Frank Veliano setelah menang dalam satu pertandingan (kerana Veliano mahu Jason menjadi sebahagian daripada keluarga jenayah mafianya. Seperti permainan dalam siri ''[[Grand Theft Auto (siri permainan video)|GGrand Theft Auto]]'', Gangstar Vegas mempunyai elemen [[permainan perlumbaan]] dan [[Penembak diri-ketiga]], dan menampilkan ciri-ciri permainan "dunia terbuka" yang memberi pemain lebih banyak kawalan terhadap pengalaman bermain mereka.
 
Setelah dilancarkan, permainan ini mendapat ulasan yang bercampur daripada pengkritik dan pemain. Mereka mengkritik grafik yang ketinggalan zaman, animasi, dan kemas kini perisian yang sering dilakukan, tetapi memuji muzik dan penggunaan grafik tiga dimensi (3D) yang meluas. Grafik 3D ini dikatakan oleh beberapa pemain sebagai peningkatan berbanding versi 3D ansuran utama sebelumnya. Permainan ini juga merupakan kejayaan komersial setelah dimuat turun lebih daripada 50 juta kali di iOS dan Android.