Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
→‎Peruncitan: semua itu ada di iskandar puteri, bukan johor bahru
Chongkian (bincang | sumb.)
Baris 309:
 
===Sistem Pengangkutan akan datang===
[[Fail:Jbskyline1Johor Bahru city in 2015.jpg|thumb|Pemandangan Johor Bahru]]
Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem [[monorel]] yang dikenali sebagai [[Monerel JB]]. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON [[Tebrau]] City di [[Desa Tebrau]]. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan. Selain itu juga kerajaan negeri akan membangunkan sistem kereta api dalam bandar di Iskandar Puteri yang dikenali sebagai Tram yang menghubungkan kawasan utama di sekitar Iskandar Puteri seperti Medini, Educity, Cybercity, Puteri Habour, Kota Iskandar (Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor), Legoland, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Ramsar dan tempat-tempat menarik lain atas inisiatif swasta dan pihak Iskandar Malaysia. Sistem komuter seperti di Lembah Klang yang dikenali sebagai Komuter Selatan juga bakal dibina di sini bagi mengurangkan kesesakan pada masa akan datang yang menghubungkan bandar-bandar besar di sekitar kawasan metropolitan, contohnya antara Kota Tinggi dengan Johor Bahru, Pontian dengan Johor Bahru, Kulai dengan Johor Bahru, Skudai dengan Johor Bahru, Kempas/Pandan dengan Johor Bahru dan Pasir Gudang dengan Johor Bahru. Kerajaan negeri juga bercadang membangunkan [[Sistem Transit Aliran Ringan|sistem transit aliran ringan]] bagi menghubungkan kawasan Bandaraya Johor Bahru dengan sekitar kawasan metropolitan antaranya Singapura, [[Senai]], [[Pasir Gudang]], [[Iskandar Puteri]], [[Skudai]], [[Kota Tinggi]] dan [[Gelang Patah]]. Berkaitan dengan kepesatan pembangunan di wilayah [[Iskandar Malaysia]] kerajaan Johor bersama kerajaan pusat serta kerajaan Singapura bercadang membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura bagi menghubungkan Johor Bahru dengan [[Woodlands]] dan seterusnya tempat-tempat di sekitar Singapura yang telah sedia ada. Bagaimanapun cadangan ini masih dalam peringkat perbincangan.