Tanguy Kouassi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Tanguy Kouassi | image = 2019-07-17 SG Dynamo Dresden vs. Paris Saint-Germain by Sandro Halank–020.jpg | caption = K...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:24, 5 Julai 2020

Tanguy-Austin Nianzou Kouassi (lahir 7 Jun 2002) merupakan pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Bundesliga, Bayern Munich.[2][3]

Tanguy Kouassi
Kouassi bersama Paris Saint-Germain pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Tanguy-Austin Nianzou Kouassi[1]
Tarikh lahir (2002-06-07) 7 Jun 2002 (umur 21)
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 23
Kerjaya remaja
2008–2012 FC Épinay Athlético
2012–2013 US Sénart-Moissy
2013–2016 Pays de Fontainebleau
2016–2020 Paris Saint-Germain
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2019–2020 Paris Saint-Germain 6 (2)
2020– Bayern Munich 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2018 Perancis B16 11 (3)
2018–2019 Perancis B17 18 (1)
2019– Perancis B18 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Julai 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2019

Kerjaya kelab

Paris Saint-Germain

Sebagai pemain lepasan akademi Paris Saint-Germain, Kouassi melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama PSG pada 7 Disember 2019 dalam aksi liga menewaskan Montpellier 3-1.[4] Beberapa hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah mengalahkan Galatasaray 5-0.[5]

Beliau telah menjaringkan gol pertamanya dalam aksi Coupe de la Ligue menewaskan Reims 3-0 pada 22 Januari 2020.[6] Jaringan oleh Kouassi itu menandakan jaringan PSG ke-4000 dalam sejarah kelab.[7] Kouassi telah menyumbat jaringan pertamanya di Ligue 1 dengan menghasilkan dua gol dalam perlawanan terikat seri 4-4 menentang Amiens pada 15 Februari 2020.[8]

Bayern Munich

Pada 1 Julai 2020, kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich telah mengumumkan pembelian Kouassi yang bertempoh selama empat tahun.[9]

Kerjaya antarabangsa

Kouassi telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Ivory Coast.[10] Kouassi kini merupakan pemain belia antarabangsa Perancis. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang mara ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Eropah Bawah-17 2019.

Beliau merupakan tonggak penting bagi pasukan Perancis yang menamatkan kejohanan Piala Dunia FIFA B-17 2019 di tempat ketiga. Beliau telah menjaringkna gol penyamaan buat pasukannya dalam aksi suku akhir sebelum pasukannya membelasah Sepanyol 6-1.[11]

Statistik kerjaya

Sehingga 11 Mac 2020.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Paris Saint-Germain 2019–20 6 2 3 0 2 1 2[a] 0 0 0 13 3
Jumlah kerjaya 6 2 3 0 2 1 2 0 0 0 13 3
  1. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.

Pencapaian

Kelab

Paris Saint-Germain

Individu

Catatan

  1. ^ Templat:Cite publication
  2. ^ Biodata Tanguy Kouassi di Soccerway
  3. ^ "Joueur - Nianzou Tanguy KOUASSI - FFF". Dicapai pada 7 December 2019.
  4. ^ "MONTPELLIER VS. PSG 1 - 3". Dicapai pada 8 December 2019.
  5. ^ "One to watch: Tanguy Kouassi". ligue1.com. 18 March 2020.
  6. ^ "Neymar, PSG Top Stade De Reims 3-0 to advance to Coupe de la Ligue Final". Bleacher Report. Dicapai pada 4 May 2020.
  7. ^ "Reims 0-3 Paris Saint-Germain: Kouassi nets landmark goal as PSG cruise into Coupe de la Ligue Final". Goal. Dicapai pada 4 May 2020.
  8. ^ "European roundup: PSG and Amiens battle to remarkable 4-4 draw". The Guardian. Dicapai pada 5 May 2020.
  9. ^ "FC Bayern sign Tanguy Nianzou Kouassi". fcbayern.com. Dicapai pada 1 July 2020.
  10. ^ "Football : Tout savoir sur Tanguy Nianzou Kouassi, le défenseur ivoirien qui évolue au Paris Saint-Germain - Abidjanshow.com". www.abidjanshow.com.
  11. ^ "Match - Espagne - France - FFF". Dicapai pada 7 December 2019.
  12. ^ "PSG champions as season ended". Ligue 1. 30 April 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  13. ^ "Tanguy Kouassi sacré Titi d'Or 2019". PSG.fr (dalam bahasa French). Dicapai pada 4 May 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar