Kecondongan orbit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Polar (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
Untuk bulan [[planet bumian]] yang dihasilkan oleh impak yang tidak terlalu jauh daripada bintangnya, dengan jarak planet–bulan yang besar, satah orbit bulan-bulan tersebut cenderung sejajar dengan orbit planet di sekitar bintang kerana pasang surut daripada bintang, tetapi jika jarak planet–bulan kecil, satah orbitnya mungkin condong. Untuk [[gergasi gas]], orbit bulan cenderung sejajar dengan khatulistiwa planet gergasi, kerana ia terbentuk dalam cakera sirkumplanet.<ref>[http://epjwoc.epj.org/articles/epjconf/pdf/2011/01/epjconf_ohp2010_04003.pdf Moon formation and orbital evolution in extrasolar planetary systems-A literature review], K Lewis – EPJ Web of Conferences, 2011 – epj-conferences.org</ref> Tuntasnya, ini hanya berlaku untuk satelit biasa. Jasad yang ditangkap pada orbit yang jauh berbeza kecondongannya, sementara jasad yang ditangkap pada orbit yang agak dekat cenderung mempunyai kecondongan yang rendah kerana kesan pasang surut dan gangguan oleh satelit biasa yang lebih besar.
 
== Pengiraan ڤڠيراءن ==
[[Fail:Orbital_inclination_from_momentum_vector.gif|thumb|Komponen pengiraan kecenderungan orbit dari vektor momentum]]
Dalam [[astrodinamik]], kecondongan <math>i</math> boleh dikira dari [[Vektor momentum orbit|vektor momentum orbit <math>h</math>]] (atau mana-mana vektor serenjang dengan [[satah orbit]]) sebagai
 
: <math>i=\arccos{h_z\over\left|h\right|}</math>
 
iaitu <math>h_z</math> ialah komponen-z bagi <math>h</math>.
 
Kecondongan saling dua orbit dapat dihitung dari kecondongan mereka ke satah lain menggunakan [[Hukum sfera kosinus|hukum kosinus untuk sudut]].
 
== Makna lain معنى لاين ==