Bromin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 117:
 
Balard menemukan garam bromida dalam sisa [[rumpai laut]] dari kawasan paya di [[Montpellier]] pada 1826. Rumpai laut tersebut pada asalnya digunakan untuk menghasilkan [[iodin]], tetapi juga pada masa yang sama mengandungi bromin. Balard telah menyuling bromin tersebut dari larutan tepu sisa rumpai laut dengan [[klorin]]. Sifat bahan yang terhasil menunjukkan sifat di antara klorin dan iodin. Dengan keputusan yang diperolehi, dia telah cuba untuk membuktikan bahawa bahan tersebut ialah [[iodin monoklorida]] (ICl), tetapi setelah gagal membuktikannya dia yakin yang dia telah menemukan satu lagi unsur baru dan menamakannya ‘murid’, dari perkataan [[Latin]] ‘muria’ yang bermaksud air masin.
Carl Jacob Löwig mengasingkan bromin dari mata air mineral di bandar kediamannya [[Bad Kreuznach]] pada tahun 1825. Löwig menggunakan satu larutan tepu garam mineral bersama klorin dan mengekstrak bromin tersebut dengan [[dietileterdietil eter]](diethylether). Selepas penyejatan [[eter]] tersebut, terdapat cecair perang tertinggal dalam bekas uji kajinya. Dengan menggunakan cecair ini sebagai sampel hasil kerjanya dia memohon jawatan di makmal [[Leopold Gmelin]] di [[Heidelberg]]. Penerbitan keputusan kajiannya adalah sedikit lambat berbanding Balard yang telah menerbitkan keputusannya terlebih dahulu.
 
Selepas ahli kimia Perancis [[Louis Nicolas Vauquelin]], [[Louis Jacques Thénard]], dan [[Joseph-Louis Gay-Lussac]] mengesahkan eksperimen oleh ahli farmasi muda,Balard, keputusannya telah dipersembahkan dalam satu kuliah di [[Académie des Sciences]] dan diterbitkan dalam [[Annales de Chimie et Physique]]. Dalam penerbitannya, Balard menyatakan bahawa dia telah mengubah nama bahan tersebut dari ‘murida’ kepada ‘brôme’ atas cadangan M. Anglada. Terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa ahli kimia dan ahli fizik Perancis Joseph-Louis Gay-Lussac telah mencadangkan nama ‘brôme’ berikutan sifat bau wap bahan tersebut. Bromin tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga tahun 1860.