Galilee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
CyberTPBOT2 (bincang | sumb.)
k baiki ejaan, replaced: Uthmaniyyah → Uthmaniyah (4)
 
Baris 5:
[[Fail:GalileeRoshPina.JPG|thumb|300px|Jalan lama dari [[Rosh Pina]] ke [[Safed]], Galilee Hulu, Israel.]]
 
'''Galilee''' ({{lang-he|הגליל}} ''ha-Galil'', lit: ''wilayah'', [[Latin]]: ''Galileia'', {{lang-ar|الجليل}} ''al-Jaleel''), adalah sebuah kawasan luas yang terletak di utara [[Israel]] . Ia bertindih dengan kebanyakan kawasan pentadbiran [[Daerah Utara (Israel)|Daerah Utara]]. Secara tradisinya, ia dibahagikan kepada [[Galilee Hulu]] ({{lang-he|גליל עליון}} ''Galil Elyon''), [[Galilee Hilir]] ({{lang-he|גליל תחתון}} ''Galil Takhton''), dan [[Galilee Barat]] ({{lang-he|גליל מערבי}} ''Galil Maaravi''), merangkumi dari [[Dan (kota kitab)|Dan]] di utara, di kaki [[Gunung Hermon]], sepanjang [[Gunung Lebanon]] sehingga ke rabung [[Gunung Carmel]] dan [[Gunung Gilboa]] di selatan, dan dari [[Lurah Gelinciran Jordan]] ke timur merentasi dataran [[Lembah Jezreel]] dan [[Acre, Israel|Acre]] ke pantai [[Laut Mediterranean]] dan [[Dataran Pantai]] di barat.
 
==Sejarah==
Baris 16:
Populasi Yahudi di Galilee meningkat dengan mendadak berikutan [[Dekri Alhambra|pengusiran mereka daripada Sepanyol]] dan kedatangan yang dialu-alukan oleh [[empayar Uthmaniyyah]]. Komuniti ini menjadikan [[Safed]] sebagai sebuah pusat menenun dan mengeluarkan pakaian antarabangsa, selain menjadi tapak utama bagi pembelajaran Yahudi.<ref name="jafi">{{cite web|url=http://www.jafi.org.il/education/noar/sites/tsfat.htm |title=The Jewish Agency for Israel |publisher=jafi.org.il|accessdate=2015-05-18}}</ref> Hari ini, Galilee masih menjadi salah sebuah daripada [[Empat Buah Kota Suci|empat kota suci]] Yahudi dan pusat [[kabbalah]].
 
Pada pertengahan kurun ke-18, Galilee telah tersepit ditengah-tengah pertikaian antara pemimpin Arab, [[Zahir al-Umar]] dengan pihak berkuasa UthmaniyyahUthmaniyah yang berpusat di [[Damsyik]]. Zahir memerintah Galilee selama 25 tahun sehingga seorang penyokong UthmaniyyahUthmaniyah, [[Jezzar Pasha]] berjaya menakluk wilayah ini pada tahun 1775.
 
Pada tahun 1831, Galilee yang mana merupakan sebahagian daripada [[Syria Uthmaniyyah]], bertukar tangan dari bawah kekuasaan UthmaniyyahUthmaniyah kepada [[Ibrahim Pasha dari Mesir]] sehingga tahun 1840. Semasa tempoh ini, polisi-polisi agresif sosial dan politik telah diperkenalkan, yang mana menyebabkan [[Pemberontakkan Arab di Palestin 1834|pemerontakkan Arab 1834]]. Semasa tempoh pemberontakkan ini, populasi komuniti Yahudi menurun dengan mendadak, ekoran kejadian [[Perompakan Safed]] oleh para pemberontak. Pemberontak Arab akhirnya berjaya mengalahkan tentera Mesir. Walau bagaimanapun pada tahun 1838, puak Druze di Galilee melakukan satu lagi [[Pemberontakkan Druze 1838|pemberontakkan]]. Pada tahun 1834 dan 1837, gempa bumi yang besar meranapkan hampir keseluruhan bandar dan mengorbankan ramai nyawa. Pada tahun 1866, hospital pertama Galilee, [[Hospital Nazareth]], telah dibina diketuai oleh pendakwah Amerika-Armenia Dr. [[Kaloost Vartan]], dibantu oleh pendakwah Jerman [[John Zeller]].
 
Pada awal kurun ke-20, Galilee kekal sebahagian daripada Syria UthmaniyyahUthmaniyah. Ia ditadbir sebagai wilayah paling selatan dalam Vilayet Beirut (diwujudkan pada tahun 1888).
 
===Pentadbiran British dan pemerintahan Israel===