Tengku Muhammad Fakhry Petra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 61:
 
Manohara tidak hadir dalam perbicaraan itu walaupun telah diberitahu dan diberi peluang beberapa kali. Peguam Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November 2009. Andainya Manohara enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari, menurut perundangan Islam, beliau merupakan isteri derhaka, [[nusyuz]] dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya. Wujud dokumen dan transaksi pemindahan wang RM1,112,250 dan bukan pemberian daripada suami kepada isteri.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461922 Manohara Diperintah Kembali Taat Dan Bayar Hutang Lebih RM1 Juta]</ref>
 
=== Saman ===
Pada 30 September 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.
 
Pada 18 Disember 2010 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh bapanya.<ref>[http://malaysiakini.com/news/119961 Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan]</ref> Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya [[Sultan Kelantan]] berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. Bapanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.
 
Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika berlaku sebarang perkara di luar jangka. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A [[Perlembagaan Kelantan]] semasa sultan sedang gering tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.
 
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh keputusan pada 31 Disember 2010. Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi bertindak sebagai mewakili responden.<ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/17/mstar_berita/20091216204044&sec=mstar_berita Dari Krisis Rumah Tangga ke Krisis Perebutan Takhta]</ref>
 
Pada 27 Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan dalam senarai pewaris takhta Kelantan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.
 
Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry Petra dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130227/ma_12/Gugur-pewaris-takhta-Mahkamah-tolak-rayuan-Tengku-Fakhry#ixzz5COPLFk64 Gugur pewaris takhta Mahkamah tolak Tengku Fakhry]</ref>
 
Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap [[Ketua Polis Negara]] kerana polis mengurungnya di [[Istana Mahkota]] [[Kubang Kerian]], [[Kelantan]] secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Ketua Polis Negara ialah Tan Sri [[Ismail Omar]]. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan [[Sultan Ismail Petra]] untuk membawa Sultan Ismail ke [[Singapura]].
 
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar [[Malay Mail]] dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal manakala Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tengku-muhammad-fakhry-saman-igp-tiga-lain-rm100-juta/ Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta]</ref>
 
Pada 17 Oktober 2014, di Mahkamah Tinggi, membatalkan saman dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
 
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.<ref>[https://www.bharian.com.my/node/12155/ Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis]</ref>
 
==Saman ==