Yekaterinburg: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kotak info
Tiada ringkasan suntingan
Baris 102:
|date=January 2019}}
'''Yekaterinburg''' ([[Bahasa Rusia|Rusia]]: Екатеринбу́рг, juga dirumikan sebagai Ekaterinburg), dulunya '''Sverdlovsk''' (Свердло́вск) ialah bandar utama di bahagian tengah [[Rusia]]. Ia merupakan pusat pentadbiran [[Wilayah Sverdlovsk]]. Bandar ini terletak di bahagian timur banjaran gunung [[Ural]] dan merupakan pusat utama industri dan kebudayaan [[Daerah Persekutuan Urals]]. Penduduknya berjumlah 1,293,537 (bancian tahun 2002); menjadikannya bandar kelima terbesar Rusia. Di antara tahun 1924 dan 1991, bandar ini dikenali sebagai Sverdlovsk sempena pemimpin [[Bolshevik]] [[Yakov Sverdlov]].
 
== Sejarah ==
Bandar ini didirikan pada tahun 1723 oleh Vasily Tatischev dan Georg Wilhelm de Gennin dan diberi nama Yekaterina sempena nama isteri Tsar [[Pyotr I dari Rusia|Peter Agung]], [[Yekaterina I]]. Kota ini secara rasminya didirikan pada 18 November 1723, dan diberi status kota pada tahun 1796.
 
Setelah kejadian Revolusi Rusia, Tsar Nikolai II bersama isterinya, Alexandra dan putera-puterinya Olga, Tatiana, Maria, Anastasia, dan Tsarevich Alexei dibunuh di kota ini oleh golongan Bolshevik di Gedung Ipatiev pada 7 Julai 1918. Anggota keluarga Romanov lainnya dibunuh di Alapayevsk pada hari berikutnya. Pada tahun 1977, Gedung Ipatiev dirobohkan atas perintah [[Boris Yeltsin]] untuk mencegah gedung ini dijadikan lokasi demonstrasi oleh kalangan penyokong monarki. Yeltsin kemudian menjadi [[Presiden Rusia]] pertama, dan hadir sebagai wakil rakyat di pemakaman Tsar pada tahun 1998.<ref>{{cite web|url=http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/monitoring/134401.stm |title=President Yeltsin speaks about Tsar Murder |publisher=BBC News |date=1998-07-17 |accessdate=2012-04-04}}</ref>
 
== Pendidikan ==
Yekaterinburg diiktiraf sebagai salah satu pusat-pusat pendidikan dan penyelidikan utama negara, serta ketua dalam bidang penyelidikan di kawasan Ural.<ref name=":10">Rogalova M.M.&nbsp; [http://cyberleninka.ru/article/n/ekaterinburg-kak-sovremennyy-megapolis Ekaterinburg as a modern megalopolis]&nbsp; // The person in the world of culture: magazine. – Ekaterinburg: Federal State Budget Educational Institution of Higher Professional Education "Ural State Pedagogical University", 2014. – № 4 . – P. 14-18 .</ref> Universiti pertama Yekaterinburg ialah [[Universiti Perlombongan Negara Ural]] yang ditubuhkan pada 16 Julai 1914. Pada 16 Oktober 1920, [[Universiti Negara Ural|Universiti Negara Ural A. M. Gorky]] pula ditubuhkan berdasarkan dekri pihak pemerintahan [[Vladimir Lenin]]. Universiti ini digabungkan dengan [[Universiti Teknikal Negara Ural]] pada Mei 2011 lalu membentuk [[Universiti Persekutuan Ural]] yang kini merupakan salah satu universiti-universiti utama Rusia.
 
== Rujukan ==