Proton Saga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Vermont (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.132.162.101 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Islam Al-Behairy
Baris 45:
[[Fail:Inside of Proton Saga 13-11-1999.jpg|thumb|Bahagian dalam kereta]]
{{utama|Proton Saga (Generasi pertama)}}
'''Proton Saga''' telah dilancarkan pada Julai 1985 oleh Tun Dr. [[Mahathir bin Mohamad]], [[Perdana Menteri Malaysia]] dan [[Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak]] serta Dato ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar<ref name="ismailjaafar">[http://www.youtube.com/watch?v=sSq2MYjRmgo&NR=1 First National Car Reborn] - dari YouTube.com, asalnya dari [[The Star]]. Dicapai pada 20 Januari 2008.</ref>, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana [[biji saga]] amat mudah didapati di Malaysia.
 
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian [[Jambatan Pulau Pinang]] pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin [[SOHC]] 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh [[Mitsubishi]] dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian [[transmisi automatik]] hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi [[hatchback]] pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.