Otak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 2:
[[Fail:Brain 090407.jpg|thumb|Otak manusia]]
 
'''Otak'''; [[({{Jawi]]: |'''اوتق'''}}; ([[Bahasa Inggeris]]: ''encephalon, brain'') merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
 
Dalam haiwan, '''otak''' (εν-κέφαλος, [[bahasa Yunani]] bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi [[sistem saraf tunjang]], bertanggungjawab bagi [[kelakuan]]. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh [[tengkorak]] dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua [[vertebra]] mempunyai otak, kebanyakan [[invertebra]] samaada mempunyai otak pusat atau himpunan [[ganglia]] terasing. Sesetengah haiwan seperti [[cnidarian]] dan [[ekinoderm]] tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti [[bunga karang]] ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion [[neuron]], setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 [[neuron]] yang lain.