Nabi Adam a.s.: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membalikkan suntingan
Teg-teg: Manual revert Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 22:
Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur [[api]] sedangkan Adam hanyalah dari [[tanah]] dan [[lumpur]]. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati [[Adam]] seperti para [[malaikat]] yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah.
 
Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya dari [[syurga]] dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga [[hari kiamat]]. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni [[neraka]].lalu ada orang terbang
 
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya menempuh jalan yang sesat.