MV Mega Bakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Ricky250 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 21:
|}
 
'''MV ''Mega Bakti''''' ialah sebuah [[kapal penyelamat kapal selam]] yang dikendalikan oleh [[Tentera Laut Diraja Malaysia]] (TLDM). Kapal ini direka dan dibina khas oleh [[Keppel Corporation|Keppel Singmarine]] untuk digunakan di Malaysia.<ref>{{Cite web|url=http://www.marinetraffic.com/en/ais/details/ships/shipid:707797/mmsi:533130895/imo:9612571/vessel:MEGA_BAKTI|title=Vessel details for: MEGA BAKTI (Standby Safety Vessel) - IMO 9612571, MMSI 533130895, Call Sign 9MPU8 Registered in Malaysia &#124; AIS Marine Traffic|website=MarineTraffic.com|language=en}}</ref><ref>{{Cite web|url=http://www.keppelom.com/en/content.aspx?sid=2580|title=Keppel Offshore & Marine - Specialised Vessels|website=www.keppelom.com|language=en}}</ref>
 
== Pembangunan ==
Keppel Singmarine menandatangani kontrak dengan TLDM pada 12 Julai 2012. TLDM secara rasmi menerima ''Mega Bakti'' pada 24 September 2013 dan menempatkannya di bawah Markas Kapal Selam TLDM (MAKS) yang berpusat di [[Teluk Sepanggar]] di Sabah. Kapal ini dirancang untuk menjadi kapal sokongan di permukaan bagi proses menyelamat kapal selam dan menawarkan perkhidmatannya dalam dua bentuk. Ketua operasi (SMER-I) dipertanggungjawabkan bagi demonstrasi dan latihan; operasi lain termasuk melatih penyelam kapal, mencari dan menyelamat (SAR), dan pemulihan torpedo.<ref>[https://www.bharian.com.my/node/149837/amp MV Mega Bakti sertai PR16 di Korea Selatan]
</ref><ref>{{Cite web|url=http://www.malaysiandefence.com/mortars-submarine-rescue/|title=Mortars and Submarine Rescue - Malaysian Defence|language=en}}</ref>
 
== Ciri-ciri ==
Kapal ini dilengkapi dengan ruang penyahmampatan kunci ganda dua (DDC) dan sistem penentududukan pelampung pintar sistem kedudukan global (GIB), dan kenderaan bawah air kendalian jarak jauh (ROV).<ref>{{Cite web|url=https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/18/submarine-rescue-vessel-tested-and-proven-in-drill/|title=Submarine rescue vessel tested and proven in drill - Nation &#124; The Star Online|website=www.thestar.com.my|language=en}}</ref> ROV dikendalikan dari jauh oleh pengendali melalui kabel yang disambungkan ke ''Mega Bakti''. Semasa operasi menyelamat, ROV digunakan untuk memasang sistem ventilasi dan nyahmampatan kapal selam berkecemasan (DSVSD) pada kedalaman hingga 400 meter. Ia mampu membersihkan rintangan di pintu keluar kapal selam berkemasan (DISSUB), merakam foto dan video dan menghantar pod storan sokongan bantuan kecemasan (ELSS). ELSS Pod digunakan sebagai bantuan perubatan, makanan dan keperluan lain ke DISSUB menggunakan ROV. Mega Bakti menyediakan 12 pod ELSS yang mampu menampung tekanan 65 [[Bar (unit)|bar]]. Pelampung pintar GPS digunakan untuk mengesan kedudukan DISSUB yang terdampar di laut dan dapat mengesan sehingga 1,000 meter.
 
Sistem ventilasi dan nyahmampatan kapal selam berkecemasan (DSVSD) dipasang di DISSUB untuk mengeluarkan udara bersih dan mengalirkan udara yang tercemar dari DISSUB. Sistem ini telah digunakan oleh Tentera Laut Perancis dan dapat mencapai kedalaman 250 meter. Ruang penyahmampatan kunci ganda dua (DDC) digunakan untuk merawat kru kapal selam dengan [[penyakit penyahmampatan]] (DCI). ''Mega Bakti'' mempunyai 2 unit DDC yang dapat merawat 6 pesakit di setiap unit DDC.
Baris 38:
== Misi ==
[[Fail:Vessels_In_Gaya_Bay,_Borneo.jpg|thumb| ''Mega Bakti'' (''paling kanan'') berlabuh di Gaya Bay, Borneo, pada tahun 2014.]]
''Mega Bakti'' dalam perjalanan untuk mencari kapal selam [[Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Laut]], [[KRI Nanggala|KRI Nanggala (402)]] yang hilang di perairan Bali semasa [[Torpedo|latihan torpedo]], dan dijangka tiba ke tempat kejadian pada 25 April 2021.<ref>{{Cite news|url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/04/22/royal-malaysian-navy-deploys-mv-mega-bakti-to-help-search-for-indonesian-su/1968631|title=Royal Malaysian Navy deploys MV Mega Bakti to help search for Indonesian submarine|date=22 April 2021|access-date=23 April 2021|work=Malay Mail|language=en}}</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
 
[[Kategori:Kapal 2013]]
[[Kategori:Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia]]
[[Kategori:Kapal penyelamat kapal selam]]