Hang Tuah (filem 1956): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Adamxrmxn (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 24:
 
 
[[Hang Tuah]] dan empat orang kawannya: [[Hang Jebat]], Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di [[Gunung Ledang]]. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak dara jelita yang berasal daripada puak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota [[Melaka]]. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara Tun Perak daripada seorang lelaki yang sedang mengamokmengamuk dan telah mencetuskan huru hara di kota Melaka. Dato' Bendahara Tun Perak kagum dengan ketangkasan merekaHang Tuah lima bersaudara menangani amukan lelaki terbabit dan menjemput mereka semua berkunjung ke rumahnya. Apabila Sultan Melaka mendapat tahu akan berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan sehingga terbunuhnya pahlawan handalan Jawa terbabit, Hang Tuah berjaya mendapatkandikurniakan keris Taming Sari dari pihak istana Sriwijaya sendiri.
 
Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke [[Pahang]] bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Tanpa usul periksa, Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah merancang untuk mengamokmengamuk dan menghuru-harakan Melaka. Ketika majlis keramaian untuk menyambut ulangtahun Patih Karma Wijaya, beliau telah maut dikelar lehernya oleh Melor yang menggunakan kerambit semasa menari. Dalam kekecohan itu, Melor turut terbunuh setelah seorang pengawal istana melemparkan tombak ke arahnya. Hang Jebat mula menjalankan rancangannya sehingga memaksa Sultan Mansur Syah dan hulubalang-hulubalangnya berundur ke rumah Bendahara Tun Perak.
 
Semasa baginda berkata sepatah menyebut nama Hang Tuah, Bendahara terlebih dahulu memohon ampun kepada Sultan lalu menjelaskan kepada baginda bahawa Hang Tuah tidak dihukum bunuh, sebaliknya disembunyikan di dalam penjara. Baginda berasa gembira lalu menitahkan Bendahara memanggil Hang Tuah menghadapnya. Setelah Hang Tuah dibawa menghadap Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah agar Hang Jebat harus dihapuskan tetapi baginda telah menjelaskan bahawa keris Taming Sari itu sudah berada ditangan Hang Jebat. Sebagai gantinya, baginda menyerahkan Keris Diraja kepada Hang Tuah dan Hang Tuah berjanji kepada baginda bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Hang Jebat.
 
Dalam pertarungan yang amat sengit itu, Hang Jebat menyerahkan keris Taming Sari itu kepada Hang Tuah dan menukarkannya dengan keris Diraja tersebut. Akhirnya dalam pertarungan terakhir itu, Hang Jebat akhirnya tewas ditangan Hang Tuah. Sebagai menghargai jasa Hang Tuah, baginda mentabalkan Hang Tuah sebagai Laksamana.
 
Sedang Hang Tuah berada dirumah, beliau meluahkan kesedihannya akibat kehilangan Hang Jebat dan Melor. Diakhir cerita, Hang Tuah bertanya pada dirinya adakah Hang Jebat berpihak kepada yang benar atau dirinya sendiri. Persoalan itu terus-menerus bermain di fikiran Hang Tuah, apakah baginya tindakan Sultan menitahkan hukuman mati kepadanya juga boleh dianggap zalim.
 
==Pelakon==