Belgium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 69:
 
Belgium juga merupakan negara yang berbilang bahasa. Penduduk negara ini menutur kira-kira tiga bahasa iaitu, [[bahasa Belanda]], [[bahasa Perancis]] dan [[bahasa Jerman]]. Majoriti masyarakat berketurunan [[Flemish]] menggunakan [[bahasa Belanda]].
 
== Sejarah ==
{{utama|Sejarah Belgium}}
Dipercayai bahawa nama Belgium diambil daripada suku [[Belgae]] yang tinggal di bahagian utara, yang dikenali sebagai [[Gaul]] sekitar abad ke-3 SM. Terdapat banyak teori asal usul puak Belgae ini. Menurut ahli linguistik, nama itu berasal dari perkataan [[Proto-Celtic]], ''*belg-'' dan ''*bolg-'' yang bermaksud membengkak dengan kemarahan.
 
Setakat itu, terdapat perdebatan besar dalam kalangan sarjana, sejarawan dan penyelidik mengenai sama ada Belgae adalah suku kaum [[Celtic]], [[Puak-puak Jermanik|Jerman]] atau campuran. Menariknya, terdapat beberapa sumber mencadangkan bahawa puak Belgae sendiri juga tidak pasti bahawa kumpulan suku mana yang mereka miliki. Apabila [[Julius Caesar]] [[Peperangan Gaul|menakluk]] tanah mereka, beliau telah memerhatikan bahawa [[Bahasa Belgae purba|bahasa]] dan tradisi mereka agak berbeza daripada suku-suku lain di Gaul. Semasa kempen penaklukannya, suku Belgae terutamanya telah berjaya menarik perhatian Caesar.
 
Dibandingkan dengan semua puak di Gaul, Belgae digambarkan sebagai yang puak paling gagah. Pendapat ini disokong oleh kenyataan bahawa mereka merupakan puak yang paling sukar untuk ditakluk. Caesar menghadapi tentangan yang hebat dan memaksanya memakan masa selama empat tahun untuk beliau akhirnya mengalahkan suku Belgae pada tahun 53 SM. Selain itu, semasa zaman [[Republik Rom|Romawi]], Belgae tidak dapat menerima hakikat bahawa tanah mereka sebahagian daripada Rom lalu mereka melancarkan [[Pemberontakan Ambiorix|pemberontakan]]. Pemimpin mereka, [[Ambiorix]] bertanggungjawab mengetuai pemberontakan, tetapi akhirnya mereka semua dikalahkan.
 
Selepas kejatuhan [[Empayar Rom]] dan dan bermulanya [[Zaman Pertengahan]], wilayah-wilayah sekarang yang membentuk Belgium telah menjadi sebahagian daripada [[Empayar Rom Suci]] sehingga abad ke-11 dan ke-12. Pengaruh dan kawalan Empayar Rom Suci ke atas wilayah-wilayah ini secara beransur-ansur berkurang selama berabad-abad. Kesannya, tanah-tanah ini menjadi terasing serta kekurangan perlindungan. Hal ini memberi peluang kepada [[Kerajaan Beraja England|Inggeris]] dan [[Kerajaan Beraja Perancis|Perancis]] untuk meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah tersebut.
 
Selama berabad-abad, wilayah ini dibahagikan kepada beberapa negari [[feudal]] yang kecil, antaranya termasuklah [[Kaunti Hainaut|Hainaut]], [[Kaunti Flanders|Flanders]], [[Duchy Limburg|Limburg]], [[Duchy Brabant|Brabant]] dan [[Prinsipaliti Liège|Liège]]. Dalam kalangan negeri tersebut, Flanders merupakan negeri yang paling kaya dan makmur. Rantau ini menjadi pusat perdagangan terkenal di mana [[kapas]] Inggeris diimport dan dibuat menjadi kain halus. Kemakmuran rantau ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti [[Bruges]], [[Gent]] dan [[Ypres]]. Sehingga abad ke-19, wilayah Belgium pada hari ini telah menyaksikan pemerintahan asing yang diterajui oleh Perancis, Belanda dan [[Empayar Sepanyol|Sepanyol]].
 
Berikutan kekalahan [[Napoleon]] di [[Pertempuran Waterloo|Waterloo]], pihak yang menang terdiri daripada [[Britain]], [[Empayar Austria|Austria]], [[Prusia]] dan [[Empayar Rusia|Rusia]] bertemu di [[Vienna]] untuk mengagihkan semula pengaruh masing-masing dan berunding mengenai bidang kuasa wilayah untuk tahun-tahun akan datang. Salah satu keputusan terpenting ialah penubuhan [[Kerajaan Bersatu Belanda]]. Idea utama keputusan ini adalah untuk mewujudkan sebuah negera yang akan berfungsi sebagai [[negara penampan]] terhadap sebarang campur tangan Perancis pada masa akan datang. Semasa [[Kongres Vienna]], penciptaan negara Belgium telah dicadangkan, tetapi pilihan ini tidak mendapat sokongan yang secukupnya. Sebaliknya, ia telah mencapai keputusan bahawa wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada Perancis kini harus digabungkan kepada Belanda.
 
Keputusan ini bukan perkara yang terbaik kerana ia menimbulkan masalah keresahan yang akhirnya membawa kepada [[Revolusi Belgium]] pada 15 tahun kemudian. Belanda pada hakikatnya dipecahkan kepada dua kelompok iaitu kelompok [[Protestan]] yang kuat di bahagian utara manakala di bahagian selatan terdiri daripada penganut [[Katolik]]. Tambahan lagi, terdapat juga perpecahan linguistik antara [[bahasa Walloon|Walloon]], di mana bahasanya menerima pengaruh [[bahasa Perancis]], yang mana ia bertentangan dengan [[bahasa Flemish|Flemish]], yang dipengaruhi oleh [[bahasa Belanda]]. Pada tahun-tahun berikutnya, perpecahan kelompok bahasa ini menjadi salah satu faktor utama kepada tercetusnya pergolakan di wilayah selatan.
 
Raja Belanda, [[William I dari Belanda|Willem]] merupakan seorang [[Protestan]] yang kuat. Oleh sebab itu, beliau tidak popular dalam kalangan masyarakat di wilayah selatan. Selain itu, rakyat di selatan juga menghadapi kekurangan perwakilan dalam kerajaan. Willem juga cuba menjadikan bahasa Belanda sebagai bahasa universal, tetapi beliau menghadapi tentangan yang serius daripada komuniti berbahasa Perancis. Dasar yang diamalkan oleh pihak Belanda jelas ditolak oleh komuniti selatan dan hal ini membawa kepada permulaan revolusi di Belgium.
 
[[Fail:Wappers_-_Episodes_from_September_Days_1830_on_the_Place_de_l’Hôtel_de_Ville_in_Brussels.JPG|thumb|left|290px|''Episode des journées de Septembre 1830'' ("Episod Revolusi Belgium 1830") lukisan Gustaf Wappers (1834).]]
Pada 25 Ogos 1830, Raja Willem merayakan ulang tahun ke-15 pemerintahannya. Sebagai sebahagian daripada perayaannya, beliau menghadiri opera [[Daniel Auber]], ''[[La muette de Portici]]'' yang dipentaskan di [[Brussels]]. Menariknya, persembahan [[opera]] juga mempengaruhi pergerakan nasionalis semasa [[Revolusi Julai|revolusi]] di Perancis, yang berlaku pada sebulan lebih awal. Oleh sebab itu, pada mulanya opera telah diharamkan tetapi kemudiannya dibawa untuk persembahan perdananya pada 25 Ogos.
 
Semasa persembahan itu, terdapat banyak poster patriotik di dalam opera itu yang menyeru kepada revolusi. Bibit-bibit revolusi bermula selepas duet ''Amour sacré de la patrie'', yang mempengaruhi para penonton sebelum ia merebak ke jalan-jalan utama di Brussels. Inspirasi untuk revolusi mula mengambil tempat di bandar-bandar lain dan tuntutan rakyat ialah mudah, iaitu kemerdekaan dan pengakhiran penguasaan Belanda. Revolusi Belgium bukan sahaja merupakan peristiwa yang penting untuk Belgium, tetapi juga untuk seluruh Eropah bagi menubuhkan sebuah negara baharu.
 
Berikutan peristiwa ini, kuasa-kuasa besar dari Kongres Vienna [[Persidangan London (1830)|berkumpul]] sekali lagi di London pada 20 Disember 1830. Pada kali ini, mereka tidak mempunyai pilihan selain mengiktiraf kejayaan revolusi Belgium dan menjamin kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa besar menegaskan bahawa raja Belgium pada masa akan datang harus berasal daripada [[Wangsa Saxe-Coburg dan Gotha|dinasti Saxe-Coburg]]. Hal ini kerana untuk mengelakkan kepentingan dan pengaruh Perancis di Belgium pada tahun-tahun mendatang. Lalu, Raja [[Leopold I dari Belgium|Leopold I]] dari Saxe-Coburg dijemput untuk menjadi [[Raja Belgium|raja]] pertama Belgium dan pertabalannya ialah pada 21 Julai 1831. Tarikh pertabalannya telah menjadi [[Hari Kebangsaan Belgium|hari kebangsaan negara]]. Sejak itu, komuniti berbahasa Belanda dan Perancis mempunyai bahagian dan pemimpin mereka sendiri Secara tidak langsung, tahun 1831 ditandakan sebagai permulaan untuk kerajaan Belgium moden.
 
Sejak kemerdekaannya, Belgium telah menjadi negara yang mengamalkan sistem [[raja berperlembagaan]] dan [[demokrasi berparlimen]], di mana perlembagaan [[laisisme]] (sekularisme) berdasarkan [[Kod Napoleon]]. Walaupun pada awalnya [[hak mengundi]] disekat, namun [[hak mengundi sejagat]] untuk lelaki mula diperkenalkan selepas [[mogok umum Belgium 1893|mogok umum 1893]] (penggunaan [[pengundian majmuk]] dilakukan sehingga 1919) dan wanita dibenarkan mengundi pada tahun 1949.
 
Parti politik yang utama di Belgium abad ke-19 merupakan [[Parti Katolik Belgium|Parti Katolik]] dan [[Parti Liberal Belgium|Parti Liberal]] manakala [[Parti Buruh Belgium|Parti Buruh]] pula muncul menjelang pada akhir abad ke-19. Bahasa Perancis pada awalnya merupakan bahasa rasmi tunggal yang diguna pakai oleh golongan bangsawan dan [[borjuis]]. Kepentingan bahasa Perancis beransur-ansur semakin hilang kepentingannya apabila bahasa Belanda juga diiktiraf. Pengiktirafan ini secara rasminya dilaksanakan pada tahun 1898 manakala pada tahun 1967, Parlimen Belgium bersetuju menerima [[Perlembagaan Belgium|Perlembagaan]] dalam versi bahasa Belanda.
 
[[Persidangan Berlin]] yang berlangsung pada tahun 1885 telah menyerahkan kawalan [[Negara Bebas Congo]] kepada Raja [[Leopold II dari Belgium|Leopold II]] sebagai pemilikan peribadinya. Sekitar tahun 1900, timbulnya keprihatinan antarabangsa terhadap [[Kekejaman di Negara Bebas Congo|perlakuan melampau dan kejam terhadap penduduk Congo di bawah Leopold II]], di mana sumber pendapatan Congo pada masa itu bergantung pada pengeluaran getah dan gading. Banyak orang Congo telah dibunuh oleh ejen-ejen Leopold kerana gagal untuk memenuhi permintaan penghasilan getah dan gading. Pada tahun 1908, ketegangan ini telah menyebabkan Belgium menggalas tanggungjawab untuk mentadbir koloni Congo, yang dikenali dengan sebagai [[Congo Belge]]. Sebuah suruhanjaya Belgium pada tahun 1919 telah menganggarkan bahawa jumlah sebahagian penduduk Congo telah berkurang berbanding pada tahun 1879.
 
[[Fail:Bundesarchiv_Bild_101I-127-0391-21,_Im_Westen,_deutsche_Soldaten_mit_getarnter_Pak.jpg|thumb|270px|Tentera Jerman di Belgium pada Mei 1940.]]
[[Serangan Jerman ke atas Belgium]] pada Ogos 1914 merupakan sebahagian daripada [[Rancangan Schlieffen]] untuk menyerang [[Perancis]]. Kebanyakan pertempuran di [[Barisan Barat (Perang Dunia Pertama)|Barisan Barat]] pada kancah [[Perang Dunia Pertama]] telah berlaku di bahagian barat Belgium. Pada saat-saat awal peperangan, peristiwa ini dikenali sebagai [[Penjarahan Belgium]] berikutan keterlaluan Jerman. Belgium mengambil alih penguasaan ke atas koloni Jerman, [[Ruanda-Urundi]] (kini ia merupakan negara [[Rwanda]] dan [[Burundi]]) semasa peperangan berlangsung dan kemudiannya pada tahun 1924, [[Liga Bangsa]] memberikan mandat koloni tersebut kepada Belgium. Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, Belgium telah mengilhak [[daerah Prusia]], [[Eupen-Malmedy|Eupen dan Malmedy]] pada tahun 1925 sekali gus mewujudkan kawasan minoriti penutur Jerman.
 
[[Pertempuran Belgium|Tentera Jerman sekali lagi menyerang Belgium]] pada Mei 1940. Seramai 40,690 populasi Belgium, di mana sebahagian daripadanya ialah orang Yahudi telah dibunuh ketika [[Pendudukan Jerman ke atas Belgium ketika Perang Dunia Kedua|pendudukan Jerman]] dan [[Holokus]]. Dari September 1944 sehingga Februari 1945, [[Kemaraan Tentera Bersekutu dari Paris ke Rhine|Tentera Bersekutu berjaya membebaskan]] Belgium. Selepas Perang Dunia Kedua, [[Persoalan Diraja|mogok umum]] yang dilancarkan memaksa Raja [[Leopold III dari Belgium|Leopold III]] untuk turun takhta pada tahun 1951 oleh sebab ramai orang Belgium merasakan beliau bekerjasama dengan pihak Jerman ketika peperangan.<ref name="Arango">{{cite book| first=Ramon| last=Arango| title=Leopold III and the Belgian Royal Question| publisher=The Johns Hopkins Press| location=Baltimore| year=1961|url-access=subscription | page=108| url=https://books.google.com/books?id=yLzkugAACAAJ| isbn=9780801800405}}</ref> Congo Belge memperoleh kemerdekaan pada tahun 1960 semasa [[Krisis Congo]];<ref name="7TmlQ">{{cite web |url=https://www.bbc.co.uk/dna/h2g2/A1304803 |title=The Congolese Civil War 1960–1964 |work=[[BBC News]] |access-date=29 April 2010 |archive-url=https://web.archive.org/web/20100524174128/http://www.bbc.co.uk/dna/h2g2/A1304803 |archive-date=24 May 2010 |url-status=live}}</ref> disusuli Ruanda-Urundi yang merdeka pada dua tahun berikutnya. Belgium menyertai [[NATO]] sebagai anggota pengasas dan membentuk [[Benelux]] yang menggabungkan negara Belanda dan Luxembourg.
 
Belgium menjadi salah sebuah daripada enam negara pengasas [[Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah]] pada tahun 1951 dan [[Komuniti Tenaga Atom Eropah]] serta [[Komuniti Ekonomi Eropah]] (EEC) yang ditubuhkan pada tahun 1957. EEC kini berkembang menjadi [[Kesatuan Eropah]] dan Belgium menjadi pusat pentadbiran dan institusi utama termasuk [[Suruhanjaya Eropah]], [[Majlis Kesatuan Eropah]] dan enam anggota pengasas Komuniti Arang dan Keluli Eropah pada tahun 1951 dan Komuniti Tenaga Atom Eropah dan Komuniti Ekonomi Eropah, ditubuhkan pada tahun 1957. Yang terakhir sekarang telah menjadi Kesatuan Eropah, di mana Belgium menjadi tuan rumah kepada pentadbiran dan institusi utama, termasuk Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah dan sesi jawatankuasa khas bagi [[Parlimen Eropah]].
 
Pada awal 1990-an, Belgium menyaksikan beberapa skandal korupsi terbesar termasuklah [[Marc Dutroux]], [[Andre Cools]], [[Peristiwa Dioxin]], [[Skandal Agusta]] dan [[Pembunuhan Karel Van Noppen]].
 
== Geografi ==