Asmaul Husna: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
بسم الله Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual |
PeaceSeekers (bincang | sumb.) k Buang vandalisme Teg: Manual revert |
||
Baris 1:
{{cleanup|reason=lewah dan banyak kesalahan tatabahasa}}
{{Islam}}
Dalam [[agama]] [[Islam]], '''Asmaul Husna''' ({{nowrap|{{lang-ar|أسماء الحسنى ''ʾasmāʾu l-ḥusnā''}}}}) merupakan sembilan puluh sembilan (99) [[nama]] ({{lang|ar|أسماء ''ʾasmāʾ''}}) [[Allah]] Subhanahuwataala yang terbaik ({{lang|ar|الحسنى ''al-ḥusnā''}}). Sejak dahulu para [[ulama]] telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting merupakan hakikat Zat Allah Subhanahuwataala yang harus difahami oleh [[Mukmin|orang-orang yang beriman]].
Asmaul Husna bermaksud dari segi [[bahasa]] ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan [[Sifat-sifat Allah|sifat-sifat-Nya]]. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahawa [[kebenaran]] ialah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat [[orang Islam]] tidak akan mudah menulis ''"Allah ialah ..."'' kerana tiada satupun yang dapat [[Syirik|disetarakan]] dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.
Para ulama menekankan bahawa Allah ialah pencipta dan penguasa [[alam]] yang abadi dan [[alam]] yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.
=== Keterangan bagi 99 Asmaul Husna ===
'''1. al-Rahman'''
Allah al-Rahman. Maha Pengasih. Maha Pemurah. Maha Belas Kasihan. Dia menaburkan kasih kepada semua makhluk di dunia ini walaupun manusia tidak menyembah-Nya, tidak mengucapkan terima kasih kepada-Nya atau tidak meminta kepada-Nya. Rahmat Allah meliputi segala-galanya.
Al-Rahman ialah [[vitamin]] jiwa yang didambakan oleh jiwa-jiwa manusia yang tandus dan gersang dengan perasaan kasih sayang. Sesungguhnya, setiap makhluk yang berkasih sayang di dunia ini atas daya kasih sayang Allah al-Rahman yang dialirkan sedikit kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Dengan itu, nyata bagi kita yang benar-benar mengenali Allah al-Rahman bahawa kasih sayang suami, ibu bapa, anak-anak, sahabat, [[manusia]] di sekeliling kita, pada hakikatnya ialah kasih sayang Allah kepada diri kita selama ini. Kurniaan kasih sayang al-Rahman kepada manusia, sudah pasti kebahagiaan menunggu kita.
|