Aleksandr Vasilevsky: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tambah kandungan.
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tambah kandungan.
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
Baris 45:
}}
 
'''Aleksandr Mikhaylovich Vasilevsky''' ({{lang-ru|Алекса́ндр Миха́йлович Василе́вский}}, {{OldStyleDate|30 September|1895|18 September}}, [[Vichuga]] – 5 Disember 1977) ialah seorang pegawai tertinggi [[Rusia]] dalam [[Tentera Merah]] yang telah dinaikkan pangkat ke [[Marsyal Kesatuan Soviet]] pada tahun 1943. Beliau merupakan [[Ketua Turus Am (Rusia)|Ketua Turus Am Angkatan Tentera Soviet]] dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa [[Perang Dunia II]], serta menjadi [[Menteri Pertahanan Soviet(Kesatuan UnionSoviet)|Menteri Pertahanan]] dari tahun 1949 hingga 1953. Selaku Ketua Turus Am, Vasilevsky bertanggungjawab bagi perancangan dan penyelarasan hampir kesemua serangan muktamad Soviet dalam Perang Dunia II, bermula dari [[Operasi Uranus|serangan balas Stalingrad]] hingga ke [[Penyerangan Prusia Timur|serangan]] [[Prusia Timur]] dan [[Pertempuran Königsberg|Königsberg]].
 
Vasilevsky memulakan kerjaya tenteranya dalam [[Perang Dunia I]], telah dianugerahkan pangkat Kapten pada tahun 1917. Pada permulaan [[Revolusi Oktober]] dan [[Perang Saudara Rusia|Perang Saudara]] beliau telah direkrutkan kedalam [[Tentera Merah]], mengambil bahagian dalam [[Perang Poland-Soviet]]. Selepas perang, beliau naik pangkat dengan cepat , menjadi komander rejimen pada tahun 1930. Pada posisi ini, beliau mempamerkan kemahiran tinggi dalam menyusun dan melatih pasukannya. Bakat Vasilevsky menjadi perhatian, dan pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai anggota Direktorat Latihan Ketenteraan. Pada tahun 1937, selepas peristiwa [[Penyingkiran Besar]] [[Joseph Stalin|Stalin]], beliau telah dilantik sebagai pegawai [[Staf Am Angkatan Tentera Rusia|Staf Am]].
 
Pada permulaan serangan balas Soviet tahun 1943 ketika [[Perang Dunia II]], Vasilevsky menyelaras dan melaksanakan serangan Tentera Merah keatas hulu [[Sungai Don (Rusia)|Sungai Don]], di [[Lembah Donets]], [[Krimea]], [[Belarus]] dan [[Negara-negara Baltik]], mengakhiri perang dengan penawanan bandar [[Königsberg]] pada April 1945. Pada Julai 1945, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Soviet di [[Timur Jauh Rusia|Timur Jauh]], melaksanakan [[Pencerobohan Soviet keatas Manchuria (1945)|Operasi Serangan Strategik Manchuria]] dan kemudiannya menerima [[Penyerahan kalah Jepun]]. Selepas perang, beliau menjadi [[Menteri Pertahanan (Kesatuan Soviet)|Menteri Pertahanan Soviet]], jawatan yang disandangnya sehingga kematian Stalin pada tahun 1953. Dengan kebangkitan [[Nikita Khrushchev]], Vasilevsky mula hilang kuasa dan akhirnya dipencenkan. Selepas kematiannya, beliau telah disemadikan di [[Tembok Kremlin Necropolis]] sebagai mengiktiraf jasa bakti lampaunya dan sumbangan kepada negara.
 
==Anugerah dan pingat==