Fizik kosmologi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Fizik kosmologi''', salah satu cabang [[astronomi]], merupakan salah satu pengajian struktur berskala besar bagi [[alam semesta]] dan mempelajari persoalan-persoalan asas tentang pembentukan danperkembangan. Kosmologi merangkumi pengajian gerakan jasad samawi dan [[sebab pertama]]. bagi sejarah manusia, ia juga merupakan cabang [[metafizik]]. Kosmologi sebagai [[sains]] telah dipelopori oleh [[prinsip Copernicus]], yang menyatakan bahawa jasad samawi mematuhi [[hukum fizik]] yang sama seperti di bumi, dan [[mekanik Newton]], yang mula-mula membolehkan kita memahami pergerakan itu. Ia kini dikenali sebagai [[mekanik samawi]]. Fizik kosmologi, seperti yang difahami kini, bermula dengan pembangunan teori [[Albert Einstein]] terhadap [[kerelatifan am]] pada abad kedua puluh dan cerapan [[astronomi]] yang lebih baik terhadap objek yang terlampau jauh kini membantu perkembangan bidang ini.
 
Kemudahan pada abad kedua puluh membolehkan kita untuk mengagak asal-usul alam semesta dan membolehkan saintis menubuhkan teori [[Letupan Besar]] sebagai teori kosmologi yang merintis segalanya, yang kini diterima oleh ahli kosmologi sebagai asas kepada teori dan cerapan mereka. Walaupun beberapa orang pengkaji masih memegang kepada kosmologi alternatif, tetapi secara amnya kosmologi profesional bersetuju bahawa Letupan Besar adalah penerangan tebaik bagi cerapa-cerapan terkini. Fizik kosmologi boleh dikatakan berurusan dengan objek terbesar alam semesta (galaksi, [[kelompok dan kumpulan galaksi|kelompok]] dan [[superkelompok]]), objek terjauh yang paling awal terbentuk ([[kuasar]]) dan alam semesta yang awal, apabila keadaan hampir homogen ([[Letupan Besar|letupan besar yang panas]], [[pengembungan kosmik]] dan [[sinaran gelombang mikro kosmik latar belakang]]).