Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 0 sources and tagging 1 as dead.) #IABot (v2.0.8
Baris 112:
==Insiden Bandar Mahkota Cheras==
{{main|Isu laluan Bandar Mahkota Cheras di Lebuhraya Cheras-Kajang}}
Pada 7 Januari 2009, pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman menyatakan panel siasatan mendapati polis dan FRU menggunakan kekerasan dan melanggar keselamatan Chan Jiun Haur (21 tahun) dan Chan Siew Meng semasa menangani demonstrasi di [[Bandar Mahkota Cheras]] (BMC) 1 pada 27 Mei 2008. Laporan Suhakam 41 muka surat mendapati anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden itu tetapi tidak dapat mengecam / mengenalpasti pegawai terbabit . Panel inkuiri disertai oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim. Suhakam mencadangkan standard antarabangsa sebagai panduan anggota polis dan FRU menggunakan kekerasan. Mereka hendaklah menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=382094 Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden Bandar Mahkota Cheras]</ref> Pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol. Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm Suhakam siasat dakwaan FRU pukul mekanik 9 Jun]{{Pautan putus|date=September 2021 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}</ref>
 
Chang Jiun Haur merupakan mekanik dan pemandu Proton Saga dan dirawat di Hospital Seremban kerana cedera di badan, muka dan mulut.Dia ditahan anggota FRU ketika melalui jalan yang ditutup itu sebelum cermin kereta Proton Saga miliknya dipecahkan dan beliau ditarik keluar dari keretanya. Gambar insiden itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=336322 Suhakam Minta Penjelasan Polis]</ref> Lima saksi, termasuk wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto dari Malaysiakini, Ng Kok Foong dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suhakam. 10 saksi dari kalangan polis dan FRU turut dipanggil memberi keterangan. <ref>[http://web8.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348318 Suhakam Mulakan Inkuiri Awam Dakwaan Penguatkuasa Undang-undang Guna Kekerasan]</ref>