Sultanah Zanariah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 24:
Diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda adalah puteri yang ketujuh kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad dan Che Puan Hajjah Fatima di antara sembilan orang adik beradik. Kakandanya, Tunku Puan Nora Ismail atau Sultanah Nora pernah berkahwin dengan ayahanda mentuanya, [[Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim|Sultan Ismail]].<ref>Tan Chee Khoon, pg 25</ref>
 
Setelah mendapat asuhan asas yang begitu mantap dalam istana, baginda mula mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, [[Kelantan]] pada tahun 1946. Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di [[Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (M)|Sekolah Convent Bukit NenasNanas]], [[Kuala Lumpur]] dari tahun 1950 hingga 1952 dan telah berangkat kembali ke Kelantan di mana baginda meneruskan pelajaran baginda di Sekolah Sultan Ibrahim, [[Pasir Mas]]. Di atas dorongan ayahanda dan disertai pula dengan perasaan untuk melengkapkan diri bagi masa hadapan, baginda telah berangkat ke [[England]] dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight.
 
Semasa berada di England inilah, maka takdir telah menentukan bahawa baginda telah ditemu buat kali pertamanya dengan baginda [[Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail|Sultan Iskandar]] yang juga pada masa yang sama berada di England bagi melanjutkan pelajaran baginda.