Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Ubah Kelang kpd Klang, typos fixed: Sungai Kelang → Sungai Klang menggunakan AWB
Baris 10:
==Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Kelang==
 
Pertempuran ini bermula dengan kegagalan Raja Abdullah untuk menangani pertikaian yang timbul antara pengikut [[Tok Bandar Yasih]], wakil Raja Abdullah di Kuala Lumpur, dengan masyarakat [[Batu Bara]] di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh [[Mohamed Akib]]. Mohamed Akib yang tidak berpuas hati dengan Raja Abdullah telah menukar sokongannya kepada Raja Mahadi untuk menentang Raja Abdullah. Pada bulan Mac 1867, Raja Mahadi dengan bantuan orang orang Melayu Sumatra termasuk orang orang Batu Bara telah berjaya menewaskan Raja Abdullah. Raja Abdullah telah cuba untuk menawan semula Kelang tetapi tidak berjaya.<ref> name="J.M Gullick, 2004, ms 60">J.M Gullick, 2004, ms 60</ref>
 
Setelah menguasai Kelang, Raja Mahadi telah menghentikan bayaran $500 kepada [[Sultan Sir Abdul Samad|Sultan Abdul Samad]] sepertimana yang biasa dilakukan oleh Raja Abdullah. Penghentian ini telah menyebabkan Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan Raja Mahadi dengan puteri baginda, [[Raja Arfah]].<ref> J.M Gullick, 2004, ms 61</ref>. Sewaktu peperangan itu Muhamad Akib, ketua orang orang Batu Bara telah mati ditembak dan adiknya Nonggok (juga dikenali sebagai Dato Dagang Muhamad Tahir) telah menggantikan abangnya itu sebagai ketua orang orang Batu Bara.Muhamad Akib dan beberapa orang pengikut nya yang terkorban telah dikuburkan didalam kawasan Kota Raja Mahadi. Kubur kubur tersebut masih lagi ada disitu sehingga sekarang. Oleh kerana Raja Mahadi gagal menunaikan janjinya untuk memberi kuasa kepada Muhamad Akib dan Muhamad Tahir (sebagai pengganti abangnya yang telah mati) sebahagian besar daerah negeri Selangor sebagai ganjaran atas sokongan kepada Raja Mahadi menewaskan Raja Abdullah di Klang, berlaku pertelingkahan diantara Muhamad Tahir dan Raja Mahadi. Tambahan pula salah seorang pengikut Muhamad Tahir telah dibunuh oleh seorang saudara Raja Mahadi yang mana Raja Mahadi enggan menyelesaikan atau membayar ganti rugi kepada Muhamad Tahir. Oleh sebab itu, Muhamad Tahir merasa marah dan tidak puas hati dan seterusnya menarik sokongannya dari Raja Mahadi dan sebaliknya menyebelahi pihak Tengku Kudin sehingga akhir Perang Kelang dan Perang Saudara diSelangor.
 
==Peperangan dan Tengku Kudin==
 
Tidak lama selepas peperangan bermula pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad telah mengkahwinkan puteri baginda, Raja Arfah, dengan [[Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I|Tengku Kudin]] yang berasal dari Kedah. Sultan Abdul Samad juga telah melantik Tengku Kudin sebagai pentadbir daerah [[Langat]].<ref>J.M Gullick, 2004, ms 77</ref> Tengku Kudin telah cuba untuk menjadi pendamai. Walau bagaimanapun, usaha Tengku Kudin ditolak oleh Raja Mahadi. Tengku Kudin tersinggung lalu memilih untuk membantu [[Raja Ismail]], anak Raja Abdullah yang memimpin kumpulan menentang Raja Mahadi setelah Raja Abdullah meninggal dunia.<ref> name="J.M Gullick, 2004, ms 60<"/ref>
 
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail yang memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai KelangKlang. Serangan ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang dengan bantuan Muhamad Tahir dan orang orang Batu Bara yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian, pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Bantuan ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi tewas berundur dari Kelang pada bulan Mac 1870.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 66-67</ref>
 
Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahadi.
Baris 26:
==Yap Ah Loy dan pertempuran di Kuala Lumpur==
 
Pada bulan Ogos 1868, [[Liu Ngiam Kong]], Kapitan Cina Kuala Lumpur telah mati dan telah digantikan oleh pembantunya [[Yap Ah Loy]]. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang.<ref>J.M Gullick, 2004, ms 225</ref> Walau bagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin setelah mereka berjaya menguasai Kelang.<ref> J.M Gullick, 2004, ms 62</ref>
 
==Residen British==
Baris 50:
* [[Campur Tangan Inggeris di Selangor]]
* [[Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab]]
* [[Yap Ah Loy]]
 
[[Kategori:Sejarah Selangor]]