Sumber terbuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ANtuMaLaM (bincang | sumb.)
ANtuMaLaM (bincang | sumb.)
Baris 60:
Istilah "sumber terbuka" mula dipopularkan ketika sesi strategi yang diadakan di Palo Alto, California. Sesi ini diadakan sebagai reaksi kepada pengumuman Netscape pada bulan Januari 1998 untuk membebaskan kod sumber produk [[Netscape Navigator]]. Individu yang menghadiri sesi tersebut termasuklah Cristine Peterson, Todd Anderson, Larry Augustin, Jon Hall, Sam Ockman dan Eric S. Raymond.
 
SEJARAH perisian sumber terbuka juga panjang dan berliku. Bermula dengan International Business Machines (IBM) memperkenalkan komputer komersial pertama pada 1960-an menggunakan perisian sistem operasi yang disediakan secara percuma (ia boleh dikongsi bersama pengguna lain kerana disertakan bersama kod sumber terbuka yang boleh diubah suai dan diperbaiki).
 
Bagaimanapun, keadaan itu berubah apabila penghujung 1960-an IBM tidak lagi membekalkan perisian berkenaan dan kemunculan model perisian komersial boleh dikesan pada pertengahan 1970-an. Gerakan perisian sumber terbuka sekarang diasaskan akibat kemunculan dua kumpulan utama yang mendukung pemberian perisian secara percuma di Amerika Syarikat.
 
Richard Stallman, bekas pengatur cara di Makmal Kepintaran Buatan MIT, melancarkan Projek GNU dan Yayasan Perisian Bebas. Matlamat utamanya ialah membangunkan perisian sistem operasi secara percuma serta bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan Stallman bermula dengan menyediakan perkakasan pengatur cara, misalnya pembangun dan penyunting.
 
Satu pihak lain ialah Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Universiti California di Berkeley untuk mempertingkat dan memperbaiki sistem Unix serta membangunkan banyak aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix.
 
Pada pertengahan 1990-an, kebanyakan projek perisian sumber terbuka menghasilkan perisian bermutu tinggi dan bermanfaat. Antara yang popular ialah Apache (popular sebagai pelayan WWW), Perl (digunakan di perpustakaan), XFree86 (dimanfaatkan untuk pelaksanaan X11 bagi komputer peribadi), GNOME dan KDE (kedua-duanya menyediakan set perpustakaan dan aplikasi secara konsisten untuk mesra guna PC).
 
Perisian paling terkemuka ialah Mozilla (projek perisian percuma yang dibiayai Netscape) untuk membangunkan pelayar bagi melayari WWW serta GNOME dan KDE kerana ia memberi peluang kepada pengguna bukan teknikal merasai pengalaman memanfaatkan PC.
 
Perisian Sumber Terbuka (OSS) mendapat suntikan berharga daripada Linus Torvalds, yang ketika itu menuntut di Universiti Helsinki, Finland. Linus yang amat meminati sistem UNIX kecil dikenali sebagai Minix menghasilkan satu sistem yang melepasi standard Minix.
 
Beliau memulakan kerjanya pada 1991 dan menghasilkan versi pertama 0.02 dan meneruskan penyelidikannya serta menghasilkan versi pertama kernel Linux. Kernel adalah jantung kepada sistem Linux yang dihasilkan menerusi Lesen Umum (GNU) manakala kod sumbernya adalah percuma kepada sesiapa saja yang memiliki idea untuk menambah baik perisian berkenaan.
 
Kelebihan Linux yang diedarkan secara percuma di samping ketahanannya, memiliki kepelbagaian fungsi dan mudah dimanfaatkan, menyebabkan ia muncul sebagai sistem operasi pilihan kepada Microsoft dan Unix.
 
Sebahagian besar kegunaan Linux adalah untuk pelayan manakala bagi kegunaan rumah dan pejabat, ia semakin mendapat sambutan daripada pengguna. Sistem operasi yang dihasilkan itu boleh digabungkan terus ke dalam cip mikro menerusi proses yang dikenali sebagai embedding dan semakin digunakan untuk peranti komunikasi lain.
 
== Kelebihan Perisian Sumber Terbuka ==