Amy Ukays: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Uksrecords (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Uksrecords (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 83:
== Metrowealth ==
 
Pada tahun 2000, Amy mendapat tawaran berkhidmat di Metrowealth Movie Production sebagai pembantu pejabat dan penjaga skor. Hanya dengan gaji RM1000 sebulan sahaja. Walaupun begitu, beliau cekalkan hati dan meneruskan pekerjaan tersebut. Mr David Teoh merupakan CEO Metrowealth tidak mengenali siapa Amy pada mulanya, Namun, kakitangan Metrowealth mengenali Amy sebagai ahli bekas kumpulan Uk's dan akhirnya diketahui oleh David Teoh. [[Fail:amyteoh.jpg|thumb|Amy, David Teo bersama rakan-rakan|link=Special:FilePath/Amyteoh.jpg]]

Disebabkan itu, David Teoh menguji sejauh mana kehandalan Amy di dalam bidang rakaman studio dan muzik. Ketika itu, beliau ditugaskan menjaga vokal Adzrin dan Fazley bagi lagu tema 'Mendam Berahi'. Tugas tersebut sepatutnya dikendalikan oleh Yassin bekas penyanyi nasyid Brothers, namun beliau tidak menghadirkan kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari situ Amy mula mengorak langkah dan diberi kepercayaan oleh David Teoh untuk menguruskan tugas-tugas rakaman muzik dan studio.
Setelah terbukti kemampuan Amy, beliau dinaikkan pangkat sebagai Artist & Repertoire Manager. Beliau juga diberi gelaran 'Anak Emas' David Teoh. Semasa menjadi A&R Manager beliau menjaga banyak artis di bawahnya seperti Waheeda, Giegel, Cico, Maya Karin, Saiful Apek, Erra Fazira dan ramai lagi. Amy menjaga MIG Records dan Metrowealth Movie production. Semasa itu, penjualan album lagu tema mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan album senang untuk dijual. Ini terbukti dengan penjualanan soundtrack Mami Jarum The Movie dengan 15,000 unit.