Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k menghapuskan Kategori:Kerabat diraja Kelantan; menambah Kategori:Raja Perempuan Kelantan (HotCat) |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
||
Baris 15:
'''Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra''', permaisuri [[Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim|Sultan Yahya Petra]] dan bonda Sultan Kelantan Ke-28, [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|KDYMM Sultan Ismail Petra]], dilahirkan pada 7 Ogos 1917. Baginda merupakan puteri kepada YAM Tengku Sri Utama Raja Tengku Mohammad Petra bin YTM Tengku Petra Semerak Tengku Idris Ibni [[Sultan Ahmad, Kelantan|DYMM Sultan Ahmad]] Kelantan. Tengku Zainab menerima pendidikan awal agama yang disediakan oleh ayahanda bonda baginda selain mendapat asuhan dan didikan tentang adat resam Melayu dan adat istiadat Diraja yang diwarisi dari zaman ke zaman. Baginda juga diajar oleh guru-guru agama yang terkenal di [[Kelantan]].
Tengku Zainab berkahwin dengan Sultan Yahya Petra pada 4 Jun 1939. Baginda dikurniakan lima anakanda, seorang putera dan empat puteri iaitu
Tengku Zainab mengiringi Sultan Yahya Petra ke luar negeri semasa baginda mengadakan lawatan rasmi ke beberapa negara. Ternyata lawatan sedemikian menyediakan ruang yang luas bagi baginda menyempurnakan tanggungjawab sebagai Raja Perempuan dan Raja Permaisuri Agong. Seri Paduka Baginda seorang yang murah hati dan gemar membuat kerja-kerja alam kebajikan untuk rakyat. Baginda pernah menjadi Presiden pelbagai pertubuhan sosial seperti pertubuhan Pandu Puteri Kelantan dan Institusi Wanita.
|