Kuasa kuda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 92:
 
===Kuasa kuda metrik===
Kuasa kuda metrik mula digunakan di [[Jerman]] pada abad ke-19 dan menjadi popular di serata Eropah dan Asia. Pelbagai unit yang digunakan bagi definisi ini ("PS", "CV", "pk", dan "ch") semuanya bermaksud "kuasa kuda", maka adalah lazim jika nilai tersebut dirujuk sebagai "kuasa kuda" atau "hp" di dalam sidang akhbar atau liputan media oleh syarikat automotif Jerman, Perancis, Itali dan Jepun. Pengeluar British sering mencampur adukkan kuasa kuda metrik dan mekanikal, bergantung kepada asal-usul enjin yang dipersoalkan.
 
Kuasa kuda metrik, mengikut definisi, adalah 0.73549875 kW, atau secara kasarnya 98.6% daripada kuasa kuda mekanikal. Ia merupakan isu kecil pada zaman di mana sistem ukuran adalah pelbagai serta enjin menghasilkan kurang kuasa, tetapi kini menjadi titik utama. Kereta eksotif Eropah seperti [[McLaren F1]] dan [[Bugatti Veyron]] sering disebut-sebut menggunakan definisi yang salah, dan keluaran kuasa kadang-kadang perlu ditukarkan dua kali kerana kekeliruan sama ada angka "kuasa kuda" asal adalah dalam bentuk metrik atau mekanikal.
 
====PS====