Wikipedia:Larangan penyelidikan asli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 27:
{{Jalan pintas|[[WP:COS]]}}
Polisi ini tidak melarang para pengarang dengan pengetahuan khas daripada menambah pengetahuan mereka sendiri ke Wikipedia, namun ia tidak membenarkan mereka daripada mengekstrak maklumat daripada pengetahuan peribadi mereka tanpa memetik sumber mereka. Jika seseorang pengarang telah menerbitkan keputusan kajian mereka di dalam sebuah terbitan yang sahih, pengarang tersebut boleh memetik sumber itu sambil menulis dari segi parti ketiga dan mematuhi [[Wikipedia:Pandangan berkecuali|peneutralan polisi]] kami. Lihat juga [[Wikipedia:Konflik kepentingan|garis panduan dalam konflik membabitkan kepentingan]].
 
== Imej-imej asli ==
{{Jalan pintas|[[WP:OI]]}}
Sebuah pengecualian menonjol dalam polisi ini membabitkan imej di Wikipedia: pengarang Wikipedia digalakkan untuk mengambil gambar-gambar atau mencari lakaran atau diagram kemudian memuat naik mereka, di bawah lesen [[GFDL]] atau lesen percuma yang lain, untuk menggambarkan rencana-rencana. Ini adalah dialu-alukan kerana imej-imej secara umumnya tidak ''mencadangkan idea atau hujah yang tidak diterbitkan'', iaitu sebab utama disebalik polisi ini. Selain itu, disebabkan oleh undang-undang hak cipta di beberapa negara, terdapat kekurangan imej awam yang masih wujud untuk digunakan sekarang. Gambar dan imej oleh para pengarang Wikipedia memuhi sebuah ruang yang diperlukan.
 
ianya tidak diterima jika seseorang pengarang menggunakan [[manipulasi foto]] untuk cuba mencacatkan fakta atau posisi yang digambarkan oleh sebuah foto. Ciri-ciri imej tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas. Mana-mana imej yang dianggap mempunyai manipulasi yang memberi kesan secara material kepada nilai ensiklopediknya seharusnya ditampal pada [[Wikipedia:Imej dan media untuk dihapuskan]].
 
Imej yang mengandungi sebarang penyelidikan asli dalam apa cara sekalipun adalah dilarang, misalnya penggunaan diagram sebuah atom hidrogen yang menunjukkan zarah-zarah tambahan di dalam nukleusnya seperti dalam teori yang dicipta oleh pemuat naik.
 
== Lihat juga ==