Mohammad Fuad Stephens: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Tun Fuad Stephens dipindahkan ke Mohammad Fuad Stephens: buang gelaran
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
 
Tun Fuad mengasaskan [[Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu]] (UNKO) pada tahun 1961. Beliau terlibat dalam beberapa perundingan tentang penubuhan [[Malaysia]]. Tun Fuad ialah seorang ahli ''Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia''. Beliau pernah menjadi Menteri Kerajaan Persekutuan, [[Ketua Menteri Sabah]], dan [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Sabah]].
==Pilihan raya 1976==
Dalam pilihan raya negeri Sabah pada 5-14 April 1976, Tun Fuad Stephens bertanding atas tiket [[Berjaya]] di kawasan N15 [[Kiulu]]. Datuk Payar Juman dari [[USNO]] . Tun Fuad menang mudah.Parti Berjaya menewaskan USNO setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tun Mohd Fuad bersama anggota kabinet mengangkat sumpah sebagai [[Ketua Menteri Sabah]] dan Menteri Sabah.
 
==Tragedi double six ==
Pada 6 Jun 1976, kapal terbang kecil jenis GAF Nomad buatan [[Australia]] menjunam terpacak di Kampung [[Sembulan]] , 2km dari [[Kota Kinabalu]] dan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu]]. Pesawat ini dikendalikan oleh [[Sabah Air]] dari [[Lapangan Terbang Labuan]] ke [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kinabalu]] . 11 orang terbunuh termasuk anak kapal.
# Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
# Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk [[Peter Mojuntin]]
# Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk [[Chong Tahin Vun]]
# Menteri Kewangan Negeri, Datuk [[Salleh Sulong]]
# Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
# Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
# Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr [[Syed Hussein Wafa]]
# Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia [[Tengku Razaleigh Hamzah]], Ishak Atan
# Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
# Juruterbang, Gandhi J Nathan
# Johari Tun Fuad Stephens
 
Punca kemalangan ialah kerana kapal terbang Nomad<ref>[http://latrobevalley.yourguide.com.au/news/local/news/news-features/nomad-plan-in-full-flight/793123.aspx Nomad plan in full flight]</ref> itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.<ref>[http://bengodomon.com/2008/02/28/flashback-1976-sabah-state-elections-in-pictures/ Flashback: 1976 Sabah State Elections in pictures]</ref>
 
Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran [[Masjid Negeri Sabah]], [[Kota Kinabalu]].
==Rujukan==
{{reflist}}
* Buku 'Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu' oleh Syed Abdullah
 
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]