Rudolf Diesel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
→‎Kehidupan berikutnya: → Sambung malam ini
Baris 49:
 
== Kehidupan berikutnya ==
Diesel memahami konsep [[termodinamik]] serta had teori dan praktikal kecekapan bahan api. Beliau tahu enjin wap yang paling bagus pun hanya mempunyai kecekapan termodinamik serendah 10-15%, yang bermaksud 90% tenaga yang terkandung dalam bahan api telah dibazirkan. Kerja beliau dalam reka bentuk enjin dibawa oleh matlamat nilai kecekapan yang lebih tinggi. Beliau cuba mereka bentuk enjin berasaskan [[Kitar Carnot]]. Walau bagaimanapun, beliau menyerah kalah dengan teori tersebut dan cuba membangunkan kaedah tersendiri. Akhirnya beliau mereka enjin buatannya sendiri dan memperoleh paten bagi rekaannya. Di dalam enjinnya, bahan api disuntik semasa penghujung lejang mampatan serta terbakar akibat suhu tinggi yang terhasil daripada mampatan udara. Pada tahun 1893, beliau menerbitkan buku dalam Bahasa Jerman bertajuk "Teori dan reka bentuk enjin haba rasional bagi menggantikan enjin wap dan enjin pembakaran yang dikenali kini" (terjemahan Bahasa Melayu bagi tajuk asal dalam Bahasa Jerman) dengan bantuan [[Springer Verlag]], [[Berlin]]. Beliau membina enjin yang berfungsi mengikut teori dan rekaannya. Enjin ciptaannya serta para penggantinya kini dikenali sebagai enjin diesel. Dari tahun 1893 hingga 1897, Heinrich von Buz, pengarah [[MAN AG]] di Augsburg, memberi Rudolf Diesel peluang untuk menguji serta membangunkan idea beliau, menurut sebuah buku oleh John F. Moon. Rudolf Diesel memperoleh paten bagi rekaannya di Jerman serta negara lain, termasuklah di AS ({{US patent|542846}} dan {{US patent|608845}}).
 
== Kematian ==