Anak bulan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Dalam terminologi astronomi, '''anak bulan''' (atau '''[[hilal]]''' dalam [[bahasa Arab]]) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila [[Bulan]], dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi [[Bumi]], berada di antara Bumi dan [[Matahari]], maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
 
Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas [[Persilangan (astronomi dan astrologi)|persilangan]] dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di [[ufuk]] barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau ''[[bulan gelap]]'' untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam [[longitud gerhana]] dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan [[gerhana matahari]].